Polis Ramaikan Anggota Di Tempat Awam - Pengarah KDNKA

Diterbitkan: Rabu, 18 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PULAU AMAN (PULAU PINANG): Polis akan meramaikan kehadiran anggotanya di tempat awam terutama di kawasan kerap berlaku jenayah supaya dapat menangani kebimbangan dalam kalangan orang awam terhadap kes itu.

Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Salleh Mat Rasid berkata, pihaknya mahu mengatasi persepsi ketakutan orang ramai terhadap jenayah dengan menggunakan pendekatan kehadiran polis.

"Jumaat lepas, Ketua Polis Negara (Tan Sri Ismail Omar) telah memanggil semua pengarah dan ketua polis negeri untuk memantapkan lagi program bagaimana hendak mencegah jenayah khususnya bagi mengatasi ketakutan terhadap jenayah.

"Dalam mesyuarat itu diputuskan beberapa perkara termasuk penambahan anggota di kawasan kerap berlaku jenayah dan menggunakan eleman dalam KDNKA iaitu memaksimumkan semua anggota kita," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Kepolisian Berprofil Tinggi dengan penduduk Pulau Aman, di sini Rabu.

Beliau berkata, pihaknya akan menggunakan anggota daripada Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP), Pasukan Gerakan Am (PGA) dan polis Marin untuk ditempatkan di 50 kawasan 'panas' di Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Pulau Pinang.

"Kita bagi kepada kontinjen yang memerlukan dan kita letakkan anggota di tempat yang timbulkan kegusaran orang ramai. Saya harap dengan penambahan polis di tempat awam dapat tangani masalah persepsi rakyat terhadap ketakutan mengenai jenayah," katanya.

Salleh berkata, pendekatan yang diambil itu juga akan mampu mengurangkan indeks kadar jenayah untuk tempoh enam bulan akan datang.

Katanya, kadar jenayah bagi enam bulan pertama tahun ini, menurun sebanyak 4.2 peratus berbanding tempoh yang sama pada 2011.

"Ramai orang tidak percaya indeks kadar jenayah menurun, hakikatnya ia memang benar iaitu menurun kerana enam bulan pertama tahun ini 11,098 kes berbanding tempoh sama pada 2011 iaitu 11,583 kes," katanya.

Sementara itu, Salleh berkata, kerajaan meluluskan pengambilan anggota dan pegawai polis baharu sebanyak 5,000 orang mulai bulan lepas bagi mengisi kekosongan untuk tahun ini.

"Kita sedang melatih konstabel, sarjan dan inspektor percubaan untuk mengisi kekosongan sedia ada dalam pasukan iaitu menggantikan anggota yang meninggal dunia, bersara serta ditamatkan perkhidmatan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan