Pertingkat Kawalan Keselamatan Pusat Beli-Belah

Diterbitkan: Rabu, 18 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kawalan keselamatan di pusat beli-belah mesti dipertingkatkan bagi memastikan keselamatan para pengunjung terjamin, kata Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed.

Beliau berkata pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan semua pengurusan pusat beli-belah di Petaling Jaya dari semasa ke semasa untuk meningkatkan kawalan keselamatan di kawasan masing-masing.

Katanya langkah itu diambil berikutan kejadian percubaan samun di kawasan parkir pusat beli-belah One Utama pada kira-kira 10.05 malam semalam apabila seorang peniaga dan isterinya diserang oleh seorang lelaki yang cuba merampas beg tangan peniaga itu.

"Mangsa telah bertindak balas tetapi suspek itu menumbuknya beberapa kali di bahagian muka dan menyebabkan bibir atas mangsa terluka dan berdarah," katanya pada sidang media pada Selasa.

Arjunaidi berkata mangsa, bagaimanapun, tidak sempat mengecam muka suspek yang melarikan diri apabila beberapa orang awam datang menolong mangsa.

"Pihak kami sedang menyiasat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di seluruh kawasan pusat beli-belah tersebut," katanya.

Mengenai dakwaan pihak polis lewat tiba di tempat kejadian, Arjunaidi berkata pihak polis sampai kira-kira 10 minit selepas menerima panggilan kecemasan melalui talian 999.

"Ini merupakan kejadian pertama yang berlaku di tempat parkir bangunan pusat beli-belah itu malah ini merupakan kes kedua yang berlaku di kawasan ini pada tahun ini," katanya.

Mengenai dakwaan kononnya pihak polis telah memarahi seorang individu yang merupakan pemanggil kecemasan itu, Arjunaidi berkata: "Saya akan menyiasat dakwaan itu." BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan