N. Sembilan Tiada Masalah Jual Air Kepada Selangor - Mohamad Hasan

Diterbitkan: Rabu, 18 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Negeri Sembilan tiada masalah menjual bekalan air kepada negeri lain termasuk Selangor apabila Empangan Sungai Triang dan Loji Rawatan Air Sungai Ngoi-Ngoi di sini yang sedang dibina, siap akhir tahun ini atau awal tahun depan.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata ini kerana apabila kedua-dua loji berkenaan siap, ia dijangka mampu meningkatkan pengeluaran air bersih dan menghasilkan lebihan untuk dijual.

"Kita akan beri pertolongan, kita akan buat apa sahaja supaya kepentingan rakyat ini sentiasa menjadi keutamaan. Berapa banyak kita jual setiap liter adalah perkara lain tetapi kita sentiasa bersedia," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di sini, Rabu.

Beliau berkata pada masa ini, Negeri Sembilan tidak mempunyai lebihan air untuk djual kerana di daerah Seremban sahaja, jumlah penggunaan air 70 juta gelen sehari sedangkan kapasiti semasa pengeluaran air bersih dari Loji Rawatan Air Sungai Terip di sini adalah sekitar 65 juta gelen sehari.

Namun, apabila empangan dan loji tersebut siap dan mula beroperasi, ia dijangka mampu menghasilkan sekitar 60 juta gelen air bersih sehari yang mampu menampung kekurangan di daerah ini dan mempunyai lebihan untuk dijual, katanya.

"Pada setiap hari, kita juga menghadapi masalah kekurangan air yang dirawat tetapi kita boleh menguruskan keadaan itu dengan baik. Apabila loji rawatan air dan empangan yang baharu siap dibina, kita berada pada kedudukan untuk berbuat demikian (menjual air ke negeri lain), katanya.

Mohamad berkata pada masa ini Negeri Sembilan belum menerima sebarang permintaan membeli air dari negeri lain namun Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara telah meminta kerajaan negeri memulakan rundingan dengan pihak yang mahu membelinya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata pada masa ini kerajaan negeri sedang menaik taraf dua buah loji rawatan air di Ulu Jempol dan Bahau dekat sini, bagi meningkatkan kapasiti pengeluaran air bersih untuk disalurkan ke kawasan sekitar iaitu daerah Jempol dan Kuala Pilah.

Katanya penaiktarafan kedua-dua loji lama tersebut yang menelan belanja RM80 juta dijangka siap akhir tahun ini.

"Loji Rawatan Air Ulu Jempol, kita akan naik taraf kapasitinya dari 12 juta gelen sehari kepada 25 juta gelen sehari dan Loji Rawatan Air Bahau, kita akan naik taraf dari lapan juta gelen kepada 12 juta gelen sehari," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan