Kementerian Sumber Manusia Akan Kaji Sistem Perlindungan Golongan Bekerja Sendiri

Diterbitkan: Rabu, 18 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Manusia akan mengkaji sama ada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dapat memperluaskan skim perlindungan sedia ada bagi membolehkan mereka yang bekerja sendiri mencarum.

Menterinya, Datuk Seri Dr S.Subramaniam berkata, kajian itu wajar berikutan permintaan tinggi daripada golongan itu yang mahu diberi pelindungan sama seperti pencarum yang mempunyai majikan.

Katanya, kajian ini boleh membantu untuk menimbang keputusan yang akan diambil kerajaan dalam memperluaskan perlindungan kepada golongan yang bekerja sendiri.

"Sudah pasti akan ada banyak implikasi dan Perkeso dikehendaki mengkaji implikasi tersebut agar ia memberi kepuasan kepada semua pihak dengan mempraktikkan budaya merakyatkan perkhidmatan Perkeso," katanya pada Majlis Anugerah Khidmat Cemerlang dan Khidmat Setia Perkeso 2011 di sini malam Rabu.

Dr Subramaniam berkata, Perkeso selaku peneraju perubahan khususnya dalam merakyatkan perkhidmatan, perlu melakukan pendekatan yang lebih proaktif. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan