Kebakaran Di Iowa: Pelajar Malaysia Masih Menumpang Di Rumah Rakan

Diterbitkan: Rabu, 18 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NEW YORK: Pelajar Malaysia yang terlibat dalam kebakaran di kompleks pangsapuri South Meadow Apartments, Ames, Iowa, kini menumpang di rumah rakan di kompleks yang sama buat sementara waktu.

Seorang daripada mereka, Mohamad Khairi Zulkarnain berkata mereka kini sibuk menguruskan pelbagai perkara termasuk mendapatkan kembali dokumen peribadi yang musnah dalam kejadian Ahad lepas itu.

"Alhamdulillah, kami ditemani oleh pegawai Jabatan Penuntut Malaysia dan Kedutaan Malaysia untuk membuat laporan polis.

"Selain itu, kami ke International Student Center untuk mendapatkan semua maklumat peribadi bagi beberapa urusan berkaitan serta sudahpun memohon mendapatkan pasport baru kerana pasport terbakar dalam kebakaran itu," katanya ketika dihubungi Bernama dari sini, Selasa.

Kejadian awal pagi itu mengakibatkan kira-kira 100 penghuni termasuk 17 penuntut Malaysia yang mendiami 56 unit rumah di kompleks pangsapuri tersebut kehilangan tempat tinggal.

Ketika kejadian hanya empat penuntut Malaysia berada di kediaman mereka, sementara 13 lagi sedang bercuti iaitu tiga berada di tanah air dan bakinya melancong di sekitar negara ini.

Empat pelajar terbabit yang semuanya berusia 21 tahun dan menuntut di tahun dua jurusan kejuruteraan di Iowa State University, hanya sempat menyelamatkan dompet dan telefon bimbit masing-masing.

Mengulas lanjut, Mohd Khairi berkata setakat ini mereka menerima pelbagai bantuan termasuk dari American Red Cross yang menyumbang US$160 dalam bentuk kad kredit serta baucar US$50 daripada Salvation Army.

"Beberapa keluarga pelajar Malaysia yang tinggal di sekitar kawasan kami juga turut membantu dari segi penyediaan makanan dan beberapa bantuan lain.

"Buat masa ini, kami akan ke kelas seperti biasa, kerana tidak mahu banyak ketinggalan dalam pelajaran, selain turut mendapat bantuan daripada pensyarah dalam soal pembelajaran kami," katanya.

Mohamad Khairi berkata beliau juga telah berhubung dengan keluarganya di Puchong, Selangor yang menelefonnya selepas mengikuti laporan berita televisyen.

Seorang lagi penuntut yang terbabit, Mohd Khairi Ismail berkata beliau juga telah memaklumkan kejadian kepada ibu bapanya di Terengganu.

"Mereka nasihatkan saya supaya bertenang dan jangan susah hati," katanya. Sementara itu, kumpulan 10 pelajar yang melancong tersebut kini berada di bandar raya ini.

Aqilah Hazian, 21, pelajar tahun dua jurusan Sains Pemakanan, ketika dihubungi, berkata mereka mengetahui insiden itu selepas 'ditag' oleh Mohamad Khairi menerusi laman Facebook masing-masing pada Ahad lepas.

"Kami bertolak dari Ames pada tengah hari Jumaat lepas untuk bercuti selama 20 hari di sekitar Timur Amerika dengan dua buah kereta. Ketika mendapat berita itu, kami semua berada di Pen State University di Pennsylvania dan berasa amat terkejut," katanya.

Beliau berkata semua barang miliknya termasuk komputer riba hangus dalam kebakaran itu. "Saya dalam proses untuk berpindah ke rumah baru dan barangan saya ditumpangkan di rumah rakan saya di pangsapuri sama. Unitnya pun turut terbakar," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 25 Julai 2017 3:00 PM

Aaron Abdul Iras Sudirman?

Selasa, 25 Julai 2017 12:00 PM

Eyka Farhana Diusik Minta Nombor Telefon

Selasa, 25 Julai 2017 9:00 AM

Tauke Jambu Tak Sabar Naik Pelamin

Isnin, 24 Julai 2017 12:03 PM

Lantaklah! Ahya Memang Suka Tayang Badan

Isnin, 24 Julai 2017 9:00 AM

#BiziBody: Risteena Dah Nak Kahwin?

Jumaat, 21 Julai 2017 3:00 PM

Nadzmi Adhwa Bolot Semua 'Job'

Jumaat, 21 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: iR Radzi - Cinta Terakhir

Kolumnis

iklan

Iklan