Felda Peruntuk Dana Kepada UPM Rangka Pelan Induk Urus Generasi Barunya

Diterbitkan: Rabu, 18 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SERI KEMBANGAN: Lembaga Persekutuan Tanah Persekutuan (Felda) memperuntukkan RM541,700 dana kepada Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam usaha membangunkan generasi baharu Felda.

Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata dana berbentuk geran tersebut akan digunakan untuk menyediakan satu pelan induk dan pelan tindakan menyeluruh untuk menguruskan generasi barunya.

"Menguruskan generasi baru sesuatu yang penting bagi negara. Kegagalan menguruskannya akan menyebabkan negara menghadapi masalah pada masa hadapan.

"Kita tak mahu generasi muda...aset berharga ini menjadi satu liabiliti atau beban sama ada kepada ibu bapa, keluarga dan negara kerana kita gagal menguruskan masa depan mereka," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) "Model Pembangunan Generasi Baharu Felda" antara Felda dan UPM, dekat sini, Rabu.

Mohd Isa menjelaskan kerjasama dengan UPM ini merupakan salah satu usaha untuk melaksanakan '5 Teras Felda' seperti yang dihasratkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membangunkan potensi generasi baru Felda.

"Sudah sampai masanya untuk kita buat perancangan tersusun dengan bantuan dan kepakaran pengkaji UPM.

"UPM sebagai peneraju untuk menyiapkan pelan induk akan memberikan kita panduan ke arah menguruskan generasi baru kita," katanya.

Mengulas lanjut mengenai pelan tersebut, beliau berkata ia merangkumi empat ruang lingkup yang terdiri daripada pendidikan rendah dan menengah, pembangunan ekonomi dan sosial, akses kepada latihan kemahiran dan pendidikan tinggi serta alternatif ekonomi generasi baru Felda.

"Yang layak masuk universiti...kita beri masuk universiti. Yang sederhana kita beri peluang ikuti kursus kemahiran.

"Kita mahu lihat generasi baharu ini lebih hebat daripada ibu bapa mereka dari segi sosio ekonomi, pendidikan, pengurusan kebun dan sebagainya," katanya.

Mohd Isa berkata bilangan generasi baru Felda pada masa kini menjangkau jumlah 1.6 juta orang.

Pelaksanaan projek ini dijangka mengambil masa selama sembilan bulan sebelum model diserahkan kepada Felda.

Seramai 17 orang pakar dalam bidang pendidikan, psikologi, sosiologi, ekonomi, pembangunan belia dan pendidikan belia serta teknologi maklumat terlibat dalam kajian ini.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan