Daun Desak MP dan Kumpulan Anti Lynas Mohon Maaf

Diterbitkan: Rabu, 18 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Gabungan Badan-badan bukan kerajaan Pahang Mendokong Agenda Nasional (DAUN) pada Rabu mendesak Anggota Parlimen Kuantan dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Fuziah Salleh dan kumpulan anti Lynas supaya memohon maaf secara terbuka berhubung pelbagai dakwaan buruk terhadap syarikat berkenaan sebelum ini.

Menurut Penyelaras DAUN Wan Emril Nizam, permohonan maaf itu juga perlu dibuat secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya penduduk Kuantan berikutan tindakan mereka memberikan fakta salah dan melemparkan pelbagai dakwaan buruk berhubung pembinaan kilang itu.

"Tindakan Fuziah dan kumpulan anti Lynas selama ini ialah memburuk-burukkan kilang berkenaan serta mewujudkan rasa takut di kalangan rakyat terutamanya penduduk Kuantan berhubung pembinaan kilang itu," katanya kepada Bernama di sini, Rabu.

Pada Rabu, Free Malaysia Today, di laman webnya, www.freemalaysiatoday.com, Mtoday News Sdn Bhd memohon maaf terhadap artikel-artikel yang diterbitkannya sebelum ini yang mendakwa kilang Lynas mungkin tidak selamat untuk orang ramai.

Lynas Corporation Limited, telah menerima publisiti buruk selama lebih setahun dari pelbagai pihak terutamanya parti pembangkang yang dilihat mempolitikkan isu pembinaan kilang itu. "Kami mendesak Fuziah memohon maaf seperti mana tindakan portal Free Malaysia Today yang mengakui kesilapan (artikel) mereka dengan pembohongan fakta tanpa asas saintifik.

"DAUN mendapat maklum balas dari masyarakat berdasarkan program turun padang yang dianjurkan, mereka sudah jemu dengan modal politik murahan dan pembohongan yang dijaja oleh kumpulan anti Lynas yang didominasi kaum tertentu yang cenderung kepada DAP," katanya yang juga merupakan Pensyarah Kanan Undang-Undang di Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS).

Pada 25 Jun lepas, Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) mengenai Lynas telah membentangkan hasil laporannya di Dewan Rakyat dan mengesyorkan supaya Lesen Pengendalian Sementara (TOL) dikeluarkan bagi membolehkan kilang Lynas beroperasi.

Laporan itu turut mengesyorkan kilang berkenaan boleh memproses bahan mentah secara berperingkat dan terhad serta dikawal selia secara berterusan oleh agensi penguatkuasa. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan