Anggota Penguat Kuasa Ditambah Kekang Perlombongan Emas Haram

Diterbitkan: Rabu, 18 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Jumlah anggota penguat kuasa akan ditambah di negeri Kelantan sebagai usaha mengekang kegiatan perlombongan emas secara haram di negeri ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Dr Zainuddin Ibrahim berkata walaupun kerajaan negeri kini berdepan kekangan kewangan, namun perancangan lengkap telah diatur bagi penambahan bilangan anggota penguat kuasa, termasuk memaksimumkan kekuatan di setiap jajahan dan daerah.

"Kita boleh kumpul skuad dari jajahan dan buat penguatkuasaan. Ini dalam perancangan kita, tapi itulah, kita tak boleh jangka bila pencuri nak mencuri. "Tapi yang kita sudah tahu, kita telah ambil tindakan ke atas mereka," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang sempena Sambutan Hari Kemerdekaan ke-55, di perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke-IV di sini, malam Selasa.

Majlis itu dirasmikan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang turut dihadiri Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Baru-baru ini, akhbar melaporkan berpuluh-puluh tapak perlombongan emas dikesan beroperasi secara haram di beberapa daerah di Kelantan, antaranya di Tanah Merah, Kuala Krai, Jeli dan Gua Musang.

Tindakan 'merompak' galian berharga itu dikatakan berlaku sejak beberapa tahun lalu hingga menyebabkan Kelantan kerugian ratusan juta ringgit.

Zainuddin berkata tindakan tegas juga akan diambil terhadap pegawai penguat kuasa yang membocorkan maklumat kepada pelombong haram, sebelum serbuan dilakukan.

"Kalau kita terima bukti ada sesiapa (pegawai) yang terlibat kita akan ambil tindakan," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan