Ahmad Phesal Mahu Bawa DBKL Lebih Dekat Dengan Masyarakat

Diterbitkan: Rabu, 18 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Bandar Kuala Lumpur yang baharu Datuk Ahmad Phesal Talib mahu membawa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) lebih dekat dengan masyarakat bagi memastikan badan itu mampu memberikan khidmat terbaik terutama kepada warga kota di sini.

Ahmad Phesal yang memulakan tugas hari ini berkata sebagai pembayar cukai, masyarakat mempunyai hak untuk mengetahui dan memperoleh perkhidmatan yang terbaik daripada DBKL.

"Setiap aduan yang diberikan rakyat merupakan aset penting kepada DBKL dan dalam masa yang sama kita perlu respons terhadap aduan itu dengan cara yang terbaik. "Kami juga mahu masyarakat membantu kami dengan memberikan cadangan bagaimana kami mahu memberikan yang terbaik kepada mereka. Tolong hentikan budaya menuding kesalahan ini," katanya kepada pemberita di Menara DBKL di sini, Rabu.

Terdahulu, Datuk Bandar Kuala Lumpur Ke-10 itu menerima sambutan meriah daripada petugas DBKL yang bermula dengan persembahan pancaragam DBKL dan kemudian beramah mesra dengan petugas.

Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar itu dilantik untuk tempoh dua tahun, menggantikan Tan Sri Ahmad Fuad Ismail yang tamat tempoh kontraknya pada 15 Julai lepas.

Ahmad Phesal berkata aspek penyelengaraan bandar seperti kebersihan, tiang lampu, papan tanda dan penyelengaraan jalan akan diberi perhatian bagi memberikan persekitaran yang lebih baik untuk kehidupan masyarakat.

Beliau memohon bantuan kepada media dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk bekerjasama dengan DBKL bagi membantu dan memberikan perkhidmatan terbaik.

"Kuala Lumpur mempunyai lebih 1.6 juta penduduk dan DBKL ada kira-kira 12,000, tentunya kami perlukan pertolongan semua pihak untuk berkhidmat kepada orang ramai. Dijangkakan Kuala Lumpur mempunyai empat juta penduduk menjelang 2020, maka sistem penyampaian perlu sentiasa ditingkatkan dari semasa ke semasa.

"Kita juga sasarkan mahu menjadi antara 20 bandar raya terbaik menjelang 2020, sekarang kita di tangga 78 dan kita akan berusaha pastikan ini tercapai."

Ahmad Phesal yang menyertai perkhidmatan awam pada 1977 mempunyai pengalaman luas dalam pentadbiran, pembangunan, dan perancangan wilayah serta pergurusan kerajaan tempatan sebelum dilantik sebagai ketua ketiausaha di Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar pada 2007.

Antara jawatan yang pernah disandangnya ialah penolong pengarah dan ketua penolong pengarah Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri dan setiausaha Majlis Perbandaran Labuan.

Beliau berkelulusan Sarjana Perancangan Bandar dan Wilayah, Universiti Wisconsin dan Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang Antropologi dan Sosiologi daripada Universiti Malaya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan