Shafie Hairan Mengapa PKNK Tergesa-Gesa Jual 500,000 Unit Saham FGV

Diterbitkan: Selasa, 17 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hairan mengapa Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) BERTINDAK tergesa-gesa menjual 500,000 unit saham Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) yang dibelinya sedangkan pembelian itu mampu memberi keuntungan kepada rakyat Kedah untuk jangka masa panjang.

"Administratively anybody can dispose (saham FGV), tetapi mungkin mereka cemburu kerana mereka tidak berupaya melakukan apa yang telah kerajaan Barisan Nasional lakukan.

"Saya berpendapat saham FGV akan memberi keuntungan kepada pemegangnya justeru memberi keuntungan kepada PKNK yang seterusnya dapat memberi manfaat daripada keuntungan itu kepada rakyat," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Terdahulu beliau menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara Felda dan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) bagi menanam semula getah di kawasan Felda seluas lebih 16,873 hektar dengan nilai bantuan lebih RM155.7 juta.

Menerusi MoU itu, seluas lebih 10,303 hektar pokok getah akan ditanam semula tahun ini dengan nilai bantuan lebih RM95.1 juta manakala lebih 6,570 hektar dengan nilai bantuan lebih RM60.64 juta akan ditanam semula tahun depan. Timbalan Pengarah Besar Perladangan dan Perkebunan Felda Mohd Nor Kailany dan Ketua Pengarah Risda Datuk Wan Mohamad Zuki Mohamad menandatangani perjanjian tersebut bagi pihak pertubuhan masing-masing.

Turut hadir Pengerusi Felda Tan Sri Isa Abdul Samad dan Pengerusi Risda Tan Sri Rahim Tamby Chik.

Semalam, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar mendakwa wujud 'misconduct' dilakukan pegawai PKNK terhadap pembelian saham FGV di mana pegawai itu membeli saham tersebut tanpa merujuk anggota lembaga pengarah PKNK terlebih dahulu.

Mahfuz berpendapat ia mungkin disebabkan 'kegagalan pegawai yang terbabit memahami dan menjiwai keputusan politik dan parti' yang menguasai negeri tersebut.

Pegawai Eksekutif PKNK Datuk Abdul Rahman Ibrahim pada Jumaat lepas berkata Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri hanya meluluskan 500,000 unit daripada permohonan asal PKNK iaitu 1 juta unit saham FGV dan sebanyak 50,000 daripadanya telah dijual dengan keuntungan sebanyak RM47,500.

Sementara itu, Isa ketika mengulas isu itu berkata pegawai PKNK berkenaan bertindak bijak dengan merebut peluang keemasan membeli saham yang menjadi rebutan seluruh dunia.

"Mahfuz sebenarnya 'misconduct' sepatutnya dia bersyukur kerana pegawai PKNK cerdik dan begitu cekap, kalau dia tidak ambil peluang ini bila dia nak dapat, saham ini 'hot' sampai lebih permintaan. "Dalam perniagaan sesuatu peluang keemasan itu mesti rebut segera, kalau tunggu, orang lain ambil. Masa kita tawarkan tak boleh tunggu lama, tak boleh tunggu tanya ahli lembaga pengarah, anggota Parlimen itu semua tak sempat," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan