Peluang Lepasan STPM/Matrikulasi Dapat Tempat Di IPTA Masih Terbuka

Diterbitkan: Selasa, 17 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Masih terdapat tempat di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi lepasan pelajar Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)/Matrikulasi/Asasi yang layak melanjutkan pengajian mereka.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, tawaran tersebut dibuka untuk pelajar yang layak ke IPTA tetapi tidak mendapat tawaran kemasukan.

Bagaimanapun tawaran yang dibuat nanti bukan merupakan kursus pilihan yang dipohon pelajar.

"Ada pelajar yang dapat purata mata timbunan (CGPA) 3.0 untuk matrikulasi...dapat keputusan cemerlang dalam STPM tapi tidak mendapat tempat.

"Mereka yang berjumlah 683 orang ini kalau mereka boleh terima apa sahaja tawaran yang kita beri berasaskan proses rayuan, mereka boleh (dipertimbang) mendapat tempat," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Mohamed Khaled berkata, tempat yang ditawarkan di IPTA di seluruh negara untuk kemasukan sesi 2012/2013 bagi peringkat ijazah pertama berkurangan pada tahun ini.

Beliau turut menjelaskan pencapaian keputusan peperiksan pelajar yang semakin meningkat setiap tahun menjadikan persaingan untuk ke IPTA, khususnya menjadi sengit.

"Maka ada pelajar yang tak berjaya melanjutkan pengajian di universiti. Ada yang berjaya tetapi tak berjaya dapat kursus pilihan mereka," katanya.

Tahun ini, sebanyak 63,467 calon STPM/Matrikulasi/Asasi memohon menyambung pengajian di peringkat ijazah pertama.

Daripada jumlah itu seramai 52,430 calon layak dipertimbangkan tempat di IPTA.

"Setelah proses pemilihan sebanyak 38,549 daripada calon yang layak ditawarkan tempat di 20 IPTA," katanya lagi.

Terdahulu Mohamed Khaled menyampaikan anugerah kecemerlangan kepada 48 pelajar yang bakal melanjutkan pengajian di IPTA dalam Majlis "Impianku Ke Menara Gading" anjuran Kementerian Pengajian Tinggi.

Pelajar tersebut terdiri daripada Orang Kelainan Upaya (OKU), Orang Asli, atlet, pasangan kembar dan bumiputera Sabah dan Sarawak.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan