Malaysia Sasar Pendapatan RM6 Bilion Daripada Pelajar Antarabangsa Menjelang 2020

Diterbitkan: Selasa, 17 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengajian Tinggi menyasarkan meraih pendapatan lebih RM6 bilion daripada 200,000 pelajar antarabangsa yang diunjurkan mengikuti pengajian di negara ini menjelang 2020.

Menteri berkenaan Datuk Seri Khaled Nordin berkata unjuran pendapatan itu dibuat berdasarkan purata pendapatan RM30,000 daripada setiap pelajar.

Beliau yakin sasaran itu boleh dicapai berikutan kejayaan Malaysia meletakkan dirinya sebagai negara yang stabil, selamat dan boleh dikatakan murah bagi pelajar luar negara untuk mengikuti pengajian.

"Oleh kerana kini Malaysia menjadi destinasi popular bagi pelajar asing untuk melanjutkan pelajaran, maka semakin banyak universiti ternama dari seluruh dunia berminat membuka kampus cawangan di sini dengan kerjasama universiti dan kolej Malaysia.

"Diiktiraf sebagai destinasi utama bagi universiti asing, dengan 25 permohonan diterima untuk membuka kampus di sini, membuktikan bahawa minat terhadap sektor pendidikan tinggi di negara ini semakin melonjak dan melihat kepada senario positif ini, kerajaan menjangka menerima lebih banyak permohonan," katanya.

Khaled berkata demikian pada majlis perasmian Vinayaka Missions International University College dari India di sini Isnin. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan