Krisis Air Lebih Teruk Berbanding 1998 - SWAn

Diterbitkan: Selasa, 17 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penduduk di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bakal berhadapan dengan krisis air jauh lebih teruk daripada apa yang yang pernah dialami pada 1998 jika kekurangan bekalan air terawat tidak diselesaikan segera.

Timbalan Presiden Persatuan Air Selangor, Kuala Lumpur,dan Putrajaya (SWAn) Aldric Loong Kim Yew berkata ini berdasarkan data mingguan yang dikeluarkan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dan Puncak Niaga (M) Sdn Bhd, operator agihan dan pengendalian pengeluaran air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, bahawa permintaan air telah meningkat.

"Permintaan air secara puratanya telah meningkat ke tahap 4,329 juta liter sehari berbanding dengan kapasiti pengeluaran maksimum semua Loji Rawatan Air (LRA) sebanyak 4,371 juta liter sehari.

"Ini jelas menunjukkan bahawa kini hampir tiada rizab lagi untuk menampung sebarang peningkatan permintaan bekalan air terutama sewaktu permintaan puncak, dengan permintaan meningkat setinggi lebih 7 peratus daripada purata permintaan air harian," katanya ketika ditemui pemberita semasa kempen derma darah SWAn di Pusat Darah Negara, di sini pada Selasa.

Loong berkata sesetengah penduduk di Selangor dan Kuala Lumpur sudah mula mengalami gangguan bekalan air dan tekanan air rendah akibat kekurangan bekalan air terawat.

Loong berkata kerajaan Selangor dilihat langsung tidak memahami keadaan bekalan air yang melanda pada masa ini dan asyik mengeluarkan kenyataan bahawa kedudukan paras air di empangan Selangor penuh dan mencukupi.

"Apa yang dipertikaikan sekarang adalah mengenai kekurangan bekalan air terawat dan keperluan meningkatkan sumber air serta membina LRA tambahan untuk menampung permintaan air yang semakin meningkat," katanya.

Beliau berkata empangan yang penuh tidak semestinya mempunyai bekalan air yang mencukupi malah ia bergantung kepada reka bentuk hidrologikal empangan dan air mentah di empangan itu mesti dirawat dahulu sebelum ia dapat disalurkan kepada pengguna.

Loong berkata berkata masalah ini boleh diselesaikan sekiranya pihak-pihak yang berkaitan berkumpul dan berbincang cara mengatasi masalah ini bersama.

"Pihak SWAn mendesak kerajaan Persekutuan, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air memberikan perhatian penuh dan mengambil langkah-langkah jitu untuk menyelesaikan isu penting ini secepat mungkin," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan