Kami Tidak Boleh Dipersalahkan - Syabas

Diterbitkan: Selasa, 17 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Krisis air yang melanda Selangor adalah disebabkan oleh keenganan kerajaan negeri meluluskan dan melaksanakan projek bagi meningkatkan penghasilan air yang telah dirawat yang tidak mencukupi ketika ini, kata Pengarah Eksekutif Perkhidmatan Teknikal Syabas, V Subramaniam.

"Ini merupakan satu tuduhan yang tidak berasas dan tidak benar sama sekali.

"Krisis air yang melanda beberapa kawasan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya adalah disebabkan kurangnya sumber bekalan air terawat untuk diagihkan kepada para pengguna," katanya kepada pemberita pada sidang media khas di ibu pejabat Syabas di Bangsar pada Selasa.

Subramaniam berkata krisis bekalan air yang sedang melanda ketika ini disebabkan kurangnya bekalan air terawat untuk diagihkan, yang berpunca daripada keengganan kerajaan Selangor mengeluarkan arahan pembangunan untuk projek pembinaan Loji Langat 2.

"Ia juga berpunca daripada kegagalan kerajaan negeri tersebut untuk mewartakan perlarasan tarif yang telah ditetapkan dalam perjanjian konsesi," katanya.

Subramaniam juga berkata kenyataan yang dibuat oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mengatakan keadaan bekalan air mentah di empangan sedia ada mencukupi sehingga melimpah, adalah tidak tepat dan mengelirukan.

"Sebenarnya isu kekurangan bekalan air merujuk kepada air terawat untuk memenuhi keperluan pengguna," katanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa kerajaan pimpinan Khalid itu mengarahkan pembekuan perbelanjaan modal Syabas, dan ini turut membantutkan usaha syarikat itu untuk mengurangkan kadar kehilangan air tanpa hasil.

Subaramaniam berkata perkara itu telah dimaklumkan melalui sembilan mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah sejak dua tahun lepas.

"Setiap kali mesyuarat Lembaga Pengarah, kerajaan negeri yang menguasai 30 peratus kepentingan dalam syarikat berkenaan, turut dimaklumkan menerusi wakilnya mengenai kedudukan bekalan air yang kritikal, tetapi tiada sebarang tindakan diambil oleh kerajaan Selangor sehingga kini," tambahnya.

Pada masa yang sama, Subramaniam menjelaskan kegagalan kerajaan Selangor untuk mewartakan perlarasan tarif, telah menyebabkan tanggungan tertunggak Syabas kepada operator loji rawatan air.

Pada Isnin, Khalid mengumumkan hasrat kerajaan negeri untuk mengambil alih pengurusan Syabas dengan syarat ia diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan.

Keputusan untuk mengambil alih peranan dan tanggungjawab Syabas itu memerlukan persetujuan daripada pusat.

Selama ini kata Khalid, kerajaan negeri telah mendelegasikan tanggungjawab dan kelulusan arahan pembangunan kepada Syabas di bawah perjanjian konsesi.

Bagaimanapun tegasnya, kerajaan negeri memutuskan untuk membatalkan delegasi kuasa itu ekoran perkhidmatan Syabas yang mereka dakwa sebagai tidak memuaskan.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan