Kadar Zakat Fitrah Kedah Kekal RM7

Diterbitkan: Selasa, 17 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Kadar zakat fitrah di Kedah tahun ini kekal RM7, kata Setiausaha Jawatankuasa Zakat Negeri Datuk Syeikh Ghazali Yaacob.

Beliau berkata pada tahun ini pihaknya menyasarkan kutipan zakat fitrah sebanyak RM8 juta.

"Pada 2011, Jabatan Zakat Negeri Kedah berjaya memperoleh kutipan zakat fitrah berjumlah RM6,085,349.73," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata bayaran zakat boleh dilakukan di kaunter ibu pejabat Jabatan Zakat negeri dan semua pejabat zakat daerah di seluruh negeri iaitu dari Ahad hingga Rabu (8.30 pagi hingga 5 petang) dan Khamis (8.30 pagi hingga 3.30 petang).

"Bayaran zakat juga boleh dibuat menerusi amil yang dilantik di semua masjid yang terpilih di seluruh negeri Kedah, premis-premis kerajaan dan pasar raya yang terpilih," katanya.

Beliau berkata jabatan zakat turut mengekalkan kaedah pembayaran melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk pengguna perkhidmatan Celcom dan Maxis.

Beliau juga menasihatkan umat Islam supaya hanya menunaikan zakat fitrah kepada amil yang dilantik Jabatan Zakat Negeri Kedah untuk mengelakkan kes pemalsuan resit zakat fitrah. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan