Bekas CEO Sime Darby Mengaku Tidak Bersalah Atas Dua Kesalahan Pecah Amanah

Diterbitkan: Selasa, 17 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sime Darby Berhad, Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid diiringi angota polis untuk membayar jaminan selepas dituduh di Mahkamah Sesyen di sini, Selasa.
--foto BERNAMA.
Bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sime Darby Berhad, Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid diiringi angota polis untuk membayar jaminan selepas dituduh di Mahkamah Sesyen di sini, Selasa. --foto BERNAMA.

KUALA LUMPUR: Bekas presiden dan ketua pegawai eksekutif Kumpulan Sime Darby Berhad (SDB) Datuk Seri Ahmad Zubair@Ahmad Zubir Murshid, pada Selasa dihadapkan di Mahkamah Sesyen atas dua pertuduhan pecah amanah dana SDB membabitkan projek pembangunan tanah adat Sarawak menyebabkan kerugian melebihi RM100 juta.

Ahmad Zubair@Ahmad Zubir, 55, mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan itu dan dua pertuduhan alternatif iaitu memperdayakan ahli lembaga pengarah konglomerat berkenaan membabitkan projek yang sama.

Bagi pertuduhan pertama, Ahmad Zubair didakwa dalam kapasitinya sebagai presiden dan CEO, diamanahkan dengan penguasaan ke atas dana syarikat tersebut iaitu untuk memperoleh Tanah Hak Adat Bumiputera (HAB) di bawah 'Sarawak Upstream Expansion Plan' (Sarawak Expansion Plan) untuk tanah di Sarawak.

Beliau didakwa memperoleh kelulusan bagi pihak SDB daripada kerajaan negeri Sarawak bagi tanah HAB yang dimaksudkan terletak di KJD/Lower Julau, Sg. Julau/Sg. Pitoh/Sg. Jiet dan sebahagian Merurun/Meluan/Entabai, Sarikei.

Ahmad Zubair didakwa melakukan pecah amanah apabila beliau dengan curangnya sebagai presiden dan CEO, gagal untuk mengambil atau mengarahkan tindakan undang-undang untuk pengesahan ke atas penganugerahan tanah HAB yang dimaksudkan kepada sebuah syarikat iaitu Vertical Drive Sdn Bhd.

Tertuduh sebaliknya, telah menyebabkan SDB mengalami kerugian melalui pembayaran cek Maybank bernilai RM85,023,047.20 semasa pengambilalihan ke atas Vertical yang telah dianugerahkan tanah HAB.

Bagi pertuduhan kedua, Ahmad Zubair didakwa pecah amanah dana syarikat membabitkan tanah HAB di muara sungai Btg. Rejang/Btg. Baleh, Kapit dan separuh daripada kawasan timur Merurun/Meluan/Entabai, Julau.

Ahmad Zubair didakwa melakukan pecah amanah apabila beliau dengan curangnya sebagai presiden dan CEO, gagal untuk mengambil atau mengarahkan tindakan undang-undang untuk pengesahan ke atas penganugerahan tanah HAB yang dimaksudkan kepada sebuah syarikat iaitu Nature Ambience Sdn Bhd.

Tertuduh sebaliknya, telah menyebabkan SDB mengalami kerugian melalui pembayaran cek Maybank bernilai RM16,816,217 semasa pengambilalihan ke atas Nature Ambience yang telah dianugerahkan tanah HAB.

Kedua-dua pertuduhan tersebut didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan dengan sebat dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Sementara itu bagi dua pertuduhan alternatif, Ahmad Zubair didakwa dalam kapasitinya selaku presiden dan CEO SDB, dan bertanggungjawab untuk memperoleh kelulusan ke atas tanah HAB, telah memperdaya Lembaga Pengarah SDB.

Ahmad Zubair didakwa tidak memaklumkan kepada Lembaga Pengarah bahawa kelulusan tanah HAB kepada SDB yang terletak di dua bahagian kawasan berkenaan, sebaliknya, dianugerahkan kepada Vertical dan Nature Ambience, dengan pengetahuan ia boleh menyebabkan kerugian kepada SDB apabila pengambilalihan dilakukan ke atas dua syarikat itu.

Bagi kesalahan itu, Ahmad Zubair didakwa mengikut Seksyen 418 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau dengan kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Kesemua kesalahan tersebut dilakukan di pejabat Sime Darby Berhad, Tingkat 21, Wisma Sime Darby, Jalan Raja Laut, di sini, antara 17 November 2008 hingga 4 Disember 2009.

Hakim Datuk Jagjit Singh Bant Singh membenarkan Ahmad Zubair diikat jamin RM200,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan tersebut dan menetapkan 2 Oktober depan untuk pengurusan kes.

Pihak pendakwaan yang dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Anthony Kevin Morais dan Allan Suman Pillai manakala pihak pembelaan diwakili peguam Datuk K. Kumaraendran, Stanley Augustin Paul dan Chetan Jethwan. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan