Tee Dakwa Berlaku Sikap Pilih Bulu Dalam Pemecatannya

Diterbitkan: Isnin, 16 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KLANG: Bekas ahli DAP, Tee Boon Hock yang dipecat mendakwa beliau tidak bersalah seperti Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, Faekah Husin dalam mengeluarkan surat sokongan.

Tee berkata, berlaku polisi pilih bulu dalam kerajaan negeri Selangor membabitkan kes beliau dipecat kerana mengeluarkan surat sokongan kepada beberapa pihak kontraktor manakala Faekah tidak dikenakan tindakan tanpa sebarang siasatan.

"Kes Faekah lebih kurang sama dengan saya. Jika dia tidak bersalah, begitu juga saya," kata Tee pada sidang media di sini, Isnin.

Faekah dilaporkan menghantar surat sokongan agar sebuah firma yang mempunyai hubungan keluarga dengannya mendapat kontrak kerajaan.

Tee mengulangi pendiriannya bahawa tidak menjadi satu kesalahan dalam menulis surat sokongan dan mendakwa ia hanyalah pengenalan sesebuah syarikat kepada jabatan dan agensi kerajaan.

Pada Julai 2008, Tee dilantik sebagai Ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan bulan berikutnya beliau mengeluarkan surat sokongan mencadangkan sembilan kontraktor termasuk syarikat anaknya menggunakan kepala surat pejabat Exco kerajaan negeri, Ronnie Liu bagi mendapatkan kontrak daripada MPK.

Jabatan Audit negeri Selangor menyiasat kes Tee pada Julai 2010 dan beliau dipecat sebagai Ahli MPK bulan berikutnya.

Tee turut dipecat daripada DAP pada Julai 2010 selepas jawatankuasa disiplin parti mendapati beliau menyalahgunakan kepala surat Liu bagi mendapatkan kontrak untuk keluarga dan kroninya.

Selepas dua tahun, Tee masih mempertahankan tindakannya dan berkata, sikap membisu dalam kes Faekah membuktikan 'parti PKR tidaklah begitu tegas seperti DAP'.

Beliau memetik kenyataan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Mohd. Shukri Abdull pada Jun lalu sebagai berkata, tindakan mengeluarkan surat sokongan tidak menjadi satu kesalahan melainkan jika ia melibatkan individu dalam lembaga pengarah.

"Menteri Besar mengesahkan bahawa saya tidak berada dalam lembaga tender apabila surat sokongan dikeluarkan," katanya.

Tee berkata, walaupun Selangor memperkenalkan Enakmen Kebebasan Maklumat, beliau masih belum menerima salinan laporan audit kerajaan negeri yang mendapati beliau menyalahgunakan kuasanya.

"Saya meminta laporan itu beberapa kali dan pernah menulis surat tetapi tiada maklum balas," katanya.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan