PRU-13 Sesuai Tahun Ini - TPM

Diterbitkan: Isnin, 16 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berpendapat Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) paling sesuai diadakan tahun ini.

"Saya tidak fikir kita perlu tunggu hingga tahun depan. Namun ia terpulang kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak), tetapi saya beritahu yang paling baik adalah tahun ini," katanya selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Batu di sini, Ahad.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata, memandangkan bulan puasa semakin hampir, segelintir pihak bertanya adakah pilihan raya mungkin diadakan pada bulan Ramadan.

"Jawapan saya adalah:Apa salahnya?," katanya.

Muhyiddin juga berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan bahagian Umno yang bermasalah pada Ramadan ini.

"Sekiranya terdapat masalah di mana-mana bahagian, semua pihak dari peringkat tertinggi hingga ke akar umbi perlu bersama-sama mencari penyelesaian bagi memastikan ia dapat diselesaikan secara baik," katanya.

Beliau berkata bagi setiap kawasan yang ditandingi, baik di peringkat Parlimen mahupun negeri, adalah penting untuk mengembalikan kuasa Barisan Nasional (BN) yang telah hilang pada pilihan raya umum lepas.

Muhyiddin turut menyarankan pemimpin parti komponen BN untuk turut mengenal pasti kehendak dan masalah yang dihadapi oleh pengundi bukan Melayu supaya tindakan selanjutnya dapat diambil.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan