Pelajar Dakwa Dipukul 18 Rakan Selama Empat Jam

Diterbitkan: Isnin, 16 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Seorang pelajar tingkatan empat sekolah berasrama penuh di Kampung Gajah mendakwa dia telah dipukul tanpa belas kasihan selama empat jam oleh 18 rakan sekolahnya di asrama mereka pada Sabtu.

Mangsa yang berusia 16 tahun ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sungai Tapah Tambahan, Manjoi, di sini pada Ahad berkata kumpulan tersebut telah menyepak dan menumbuknya selepas mendakwa dia telah mencuri RM100 daripada seorang pelajar dari bilik asrama yang berbeza.

Menurutnya, dia telah dibelasah daripada pukul 1.30 pagi hingga 5.45 pagi.

“Saya menafikan saya mencuri wang tersebut dan selepas itu saya terus dipukul dan disepak secara bertubi-tubi oleh kumpulan berkenaan.

“Saya cuba merayu kepada mereka namun tangisan saya turut tidak diendahkan oleh mereka,” katanya.

Selepas dipukul dengan teruk mangsa mendakwa dia ditinggalkan dan tidak mampu bergerak selama beberapa jam.

Difahamkan satu laporan polis bagi menyiasat insiden telah dibuat.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan