Kurang Sambutan Perhimpunan Oren Bukti Peneroka Yakin Penyenaraian FGV - Ahmad Maslan

Diterbitkan: Isnin, 16 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TAPAH: Perhimpunan Oren di ibu negara semalam yang gagal mencapai sasaran kehadiran 20,000 warga peneroka membuktikan peneroka yakin dengan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) di Bursa Malaysia, kata Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan.

Beliau mendakwa majoriti daripada kira-kira 3,000 penyokong yang hadir pada perhimpunan anjuran Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) itu adalah daripada parti pembangkang.

"Saya nak ucapkan tahniah kepada peneroka kerana tidak menyokong perhimpunan itu, apa kita (kerajaan) buat adalah jalan yang betul," kata Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Tapah 2012 di sini, Ahad.

Mengenai tindakan pihak tertentu menggunakan gambar bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah di laman blog bertujuan memancing orang ramai menghadiri perhimpunan itu, Ahmad berkata perbuatan itu amat tidak bertanggungjawab.

"Kedua-dua pemimpin tidak pernah menyatakan tidak setuju dengan penyenaraian ini dan mereka melalui wakil-wakilnya telah menafikan penglibatan mereka tentang hal himpunan itu," jelasnya.

Perhimpunan itu diadakan bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong meminta campurtangan Seri Paduka terhadap penyenaraian FGV. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan