Ganjaran Kepada Rakyat Yang Kekal Sihat - Liow

Diterbitkan: Isnin, 16 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan sedang berusaha mempromosikan gaya hidup sihat dengan memberi ganjaran kepada rakyat Malaysia yang kekal sihat dan cergas.

Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, sistem berasaskan insentif itu adalah untuk menggalakkan rakyat di negara ini mengamalkan gaya hidup sihat.

"Ia mungkin sesuatu seperti polisi insurans kereta di mana seseorang mendapat NCB (bonus tiada tuntutan)," katanya.

Buat permulaannya, beliau mencadangkan supaya majikan memberi ganjaran kepada pekerja yang tidak mengambil cuti sakit.

"Mereka mungkin boleh diberi bonus. Beri mereka insentif seperti itu untuk kekal sihat. Ia lebih kepada penggunaan pendekatan positif," katanya.

Liow berkata, memberikan sesuatu ganjaran adalah lebih baik berbanding melaksanakan hukuman yang dicadangkan kepada beliau di mana sesiapa yang garis pinggangnya melebihi 74cm ke 76.2cm akan dikenakan tindakan tertentu.

Di Jepun dan Korea Selatan, promosi gaya hidup sihat dikuatkuasakan oleh majikan yang membantah berat badan berlebihan dalam usaha mengekalkan tubuh badan cergas di kalangan pekerjanya.

Di Amerika Syarikat (AS), beberapa syarikat insurans dan program penjagaan kesihatan membuat bayaran kepada para doktor yang berjaya mencapai sasaran khas di kalangan pesakitnya.

Liow berkata, rakyat Malaysia sentiasa menyedari keperluan untuk mengamalkan gaya hidup sihat tetapi ia perlu diterjemahkan dalam bentuk tindakan.

Katanya, pihak kementerian kini sedang meneliti bagaimana sesuatu insentif boleh diberikan kepada kakitangannya sendiri.

Beliau berkata, statistik untuk penyakit tidak berjangkit (NCD) di Malaysia tidak bertambah baik seperti yang ditunjukkan dalam Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2011.

Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) turut menyambut baik pendekatan baru itu.

Pengarah Eksekutif MEF, Shamsuddin Bardan berkata, walaupun sistem ganjaran itu sudah diguna pakai segelintir majikan, inisiatif tersebut akan menggalakkan lebih ramai majikan berbuat demikian.

"Apabila insentif kehadiran diperkenalkan, majikan kadang-kala didakwa memaksa pekerja untuk datang ke pejabat walaupun mereka sakit. Namun insentif itu disasarkan untuk mengurangkan penyalahgunaan sijil sakit," katanya.

Beliau berkata, sebelum polisi mengenai sijil sakit dilaksanakan, beberapa syarikat kehilangan tenaga kerja lebih daripada 4% sehari dalam tempoh setahun.

"Bagaimanapun, dengan pelaksanaannya, peratusan tersebut berkurangan kepada 0.1%," katanya.

Shamsuddin berharap lebih ramai majikan akan melaksanakan peraturan sedemikian kerana ia akan mendorong kepada situasi menang-menang.

"Pekerja akan berasa dihargai kerana kehadiran mereka dan majikan boleh memulihkan kehilangan tenaga kerja bagi tempoh sehari," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan