Barangan Keperluan Pada Bulan Puasa Dijamin Cukup - Ismail Sabri

Diterbitkan: Isnin, 16 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BERA: Kerajaan memberi jaminan bekalan barangan keperluan seperti minyak masak dan gula bagi menyambut bulan puasa tahun ini mencukupi.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepengunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagi minyak masak, Lembaga Minyak Sawit Malaysia bersetuju menambah 10 peratus lagi kuota bekalan untuk diedar kepada pemborong dan pembekal.

"Manakala barangan keperluan lain juga akan ditambah berikutan ramai peniaga yang memerlukannya bagi menjalankan perniagaan mereka pada bulan puasa nanti," katanya kepada pemberita selepas menutup Kejohanan Futsal 1Belia 1Malaysia Parlimen Bera di Kompleks Rakan Muda di sini, Ahad.

Mengulas kenaikan harga bawang putih baru-baru ini, Ismail Sabri berkata, kerajaan tidak dapat mengawal semua harga barangan keperluan kerana ia diimport dan harganya bergantung kepada pasaran semasa.

"Kenaikan harga bawang putih baru-baru ini tidak dapat dielakkan kerana negara pengeluar iaitu China kekurangan bahan tersebut disebabkan pelbagai faktor, termasuk bencana alam.

"Namun demikian, kerajaan akan bertindak tegas ke atas peniaga atau pekedai yang menaikkan harga barang secara mendadak, dan mereka boleh diambil tindakan di bawah Akta Pencatutan yang membawa kepada hukuman denda dan penjara," katanya.

Ismail Sabri turut mengulas Perhimpunan Oren Selamatkan Felda di ibu negara pada Sabtu.

Beliau berkata, perhimpunan itu tidak mendapat sambutan peneroka kerana sebahagian besar yang menyertainya bukan daripada golongan itu dan mereka tidak ada kaitan dengan Felda.

"Mereka yang menyertai perhimpunan itu adalah semata-mata untuk menimbulkan kekecohan sedangkan peneroka Felda sendiri menyokong langkah kerajaan menyenaraikan Felda Global Ventures Holding di pasaran bagi memperkasa agensi tersebut," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan