2,500 Rakyat Malaysia Ditahan Di Penjara Luar Negara

Diterbitkan: Isnin, 16 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seramai 2,500 rakyat Malaysia ditahan di penjara luar negara atas pelbagai kesalahan dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, persidangan Dewan Negara diberitahu pada Isnin.

Timbalan Menteri Luar A. Kohilan Pillay berkata antara kesalahan yang dilakukan ialah menyeludup dadah, membunuh, memalsukan kad kredit, kesalahan komersial, mencuri, kesalahan imigresen, menipu serta memalsukan dokumen, dan penyeludupan manusia.

"Antara negara yang mempunyai tahanan rakyat Malaysia ialah Singapura 1,096 orang, Thailand (444), China (231), Indonesia (148), Taiwan (137), Australia (77), Sepanyol (47), Kuwait (33), Vietnam (29), dan Perancis seramai 25 orang," katanya ketika menjawab soalan Senator Datuk Chin Su Phin.

Kohilan berkata kerajaan sentiasa prihatin terhadap nasib dan kebajikan rakyat Malaysia yang telah ditahan di luar negara, namun tidak akan mencampuri urusan dalaman negara tersebut.

"Kementerian akan berusaha melindungi hak rakyat kita sepertimana termaktub di bawah undang-undang negara tersebut dan juga undang-undang antarabangsa seperti Konvensyen Vienna Mengenai Hubungan Konsular 1963," katanya.

Menjawab soalan tambahan anggota yang sama mengenai sama ada terdapat undang-undang yang membenarkan banduan rakyat Malaysia untuk dibawa pulang, Kohilan berkata kementerian sedang merangka mekanisme tersebut.

Beliau berkata belum ada undang-undang yang membenarkan banduan rakyat Malaysia dibawa pulang, namun kementerian sedang mengkaji dan menyediakan protokol-protokol serta mekanisme pelaksanaan bagi membawa pulang banduan menjalani hukuman di negara ini mengikut Akta Penjara 1995 dan Peraturan Penjara 2000.

"Satu jawatankuasa telah ditubuhkan oleh Kementerian Dalam Negeri bersama Kementerian Luar Negeri, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, dan Jabatan Penjara untuk menyediakan undang-undang Akta Pemindahan Antarabangsa bagi membawa pulang rakyat yang ditahan di luar negara," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan