Polis Tempatkan 48 Imam Muda Tarawih Di Pedalaman Ramadan Ini

Diterbitkan: Ahad, 15 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Sabah menerusi Program Imam Muda Tarawih akan menempatkan 48 Imam Muda bagi mengimamkan solat tarawih di surau dan masjid terpilih di kawasan pedalaman negeri ini sepanjang bulan Ramadan.

Penolong Pengarah Unit Takmir Jakim Sabah Masyukuri Khamid berkata Imam Muda yang terpilih dari Pusat Latihan Dakwah Keningau yang berusia 26 tahun ke bawah itu diberi latihan secara khusus selama dua minggu di Pusat Latihan Rela Sabah.

"Idea asal program Imam Muda Tarawih ini dari Pengarah Jakim Sabah (Ahmad Zaki Arsad) yang menerima aduan masyarakat pedalaman yang memerlukan khidmat imam di kawasan mereka.

"Seramai dua Imam Muda akan ditempatkan di setiap kawasan pedalaman seperti Pulau Banggi, Pulau Makbur, Tongod dan Pegalungan," katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran Program Semarak Ramadan peringkat negeri Sabah dan Hari Bertemu Pelanggan Agensi Agama Islam Sabah di Lintasan Deasoka, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu di sini, Ahad.

Program anjuran Jakim Sabah dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah itu disempurnakan Timbalan Menteri Sabah Datuk Seri Yahya Hussin.

Masyukuri yang juga penyelaras program itu berkata program Imam Muda Tarawih akan diteruskan sekiranya mendapat permintaan yang meluas pada masa depan.

Terdahulu berucap pada majlis itu, Yahya yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan berkata program itu adalah platform terbaik bagi mengukuhkan semangat kerjasama yang sedia ada antara agensi agama dan NGO Islam.

"Saya juga berpandangan bahawa program turun padang seperti ini adalah satu inovasi dalam usaha menyampaikan dakwah kepada masyarakat," katanya.

Sementara itu, Ahmad Zaki berkata antara program-program Semarak Ramadan ialah Seminar Penghayatan Ramadan, Forum Ambang Ramadan, Tadarus Al-Quran Perdana, Gerak Gempur Ramadan, Ceramah dan Tazkirah Ramadan, Majlis Berbuka Puasa Bersama Saudara Kita dan Anak-Anak Yatim dan Ziarah Ramadan. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan