Penyelarasan Dicadang Mudahkan Kerjasama Antara NGO Melayu-Islam

Diterbitkan: Ahad, 15 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Hasan Ali.
Hasan Ali.

KUALA LUMPUR: Satu penyelarasan dicadangkan bagi memudahkan kerjasama antara pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi Melayu Islam di negara ini.

Presiden Jalur Tiga, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata, penyelarasan itu adalah mengenai bagaimana semasa NGO boleh bantu-membantu dan saling bekerjasama.

“Kami mengadakan pertemuan dengan NGO-NGO Melayu-Islam bagi membincangkan penyelarasan tugasan dan aktiviti.

“Kami juga berbincang mengenai dari semasa ke semasa bagaimana untuk diwujudkan jaringan agar NGO dapat mengetahui aktiviti yang dijalankan oleh mana-mana NGO supaya dapat lengkap-melengkapi,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas sesi pertemuan bersama beberapa NGO Melayu-Islam anjuran Perkasa dan Jalur Tiga (Jati) di sini, Ahad.

Selain Jati, antara NGO yang terlibat dalam sesi pertemuan itu ialah Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Jati, Pertubuhan Kebajian dan Dakwah Islamiah (Perkida), Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat).

Turut hadir Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali.

Hasan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia berkata, NGO Melayu-Islam menjalinkan ukhuwah dalam menggerakkan Islam, Melayu dan Raja yang merupakan agenda bersama.

“Oleh itu, kita perlu menjalinkan hubungan antara satu sama lain. Kita juga dapat menyusun aktiviti bersama yang akan memberi manfaat terus kepada perjuangan Islam, Melayu dan Raja.

“Aktiviti-aktiviti yang melibatkan keluarga, masyarakat, populasi atau segmen tertentu untuk membantu NGO dan pelanggan kita dalam menentukan program yang diadakan berhasil dan lebih terurus,” katanya.

Sementara itu, Naib Presiden Perkasa, Datuk Zulkifli Nordin pula berkata, matlamat setiap NGO yang terlibat berpaksikan pada institusi Islam, Melayu dan Raja.

“Cuma pendekatan masing-masing agak berbeza tetapi dengan matlamat yang sama. Maka perlu ada penyelarasan dan satu kumpulan jaringan supaya kita lebih selaras dan responsif terhadap sesuatu isu yang timbul,” katanya yang merupakan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu.

Menurut Zulkfili, pada masa ini tiada penyelarasan secara rasmi antara NGO walaupun masing-masing mempunyai perjuangan yang sama.

“Kita akan wujudkan rangkaian kerjasama. Pertemuan ini lebih kepada taaruf (perkenalan) antara NGO dan mengenali perjuangan (masing-masing),” kata beliau.

iklan

Video

Jumaat, 21 Julai 2017 11:09 AM

Lagak Lelaki Ini Seperti…

Jumaat, 21 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: iR Radzi - Cinta Terakhir

Khamis, 20 Julai 2017 3:30 PM

Luahan Ezlynn Beraya Tanpa Zuriat

Khamis, 20 Julai 2017 12:30 PM

Diana Muntah, Mabuk Teruk - Zamarul

Rabu, 19 Julai 2017 5:00 PM

Sauk Jangan Tak Sauk...

Rabu, 19 Julai 2017 3:27 PM

Beraksi 'Ghairah'? OK Je Kalau...

Rabu, 19 Julai 2017 1:20 PM

Ulat Buku Naik Superbike

Rabu, 19 Julai 2017 7:00 AM

Shah Rukh Khan Kongsi Tips Mengurat Gadis!

Kolumnis

iklan

Iklan