Lombong Emas Haram: Bukti Kerajaan Kelantan Tidak Berkemampuan

Diterbitkan: Ahad, 15 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Aktiviti perlombongan emas secara haram yang semakin berleluasa di negeri itu membuktikan ketidakmampuan kerajaan Kelantan di bawah pimpinan PAS mentadbir negeri itu.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata yang menyedihkan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri tidak berbuat apa-apa walaupun mengetahui wujudnya perkara itu.

"Perkara ini patut diselesaikan kerajaan Kelantan sehingga ke akar umbinya. Undang-undang harus ditegakkan. Kalau Menteri Besar tahu kenapa tidak diambil tindakan. Itu persoalannya. "Ini memang menunjukkan kerajaan Kelantan memang tidak berkemampuan. Kita tidak boleh bersetuju dengan mana-mana pihak yang mengamalkan rasuah. Perkara ini perlu diserahkan kepada pihak berkuasa (segera)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Multaqa' Penggerak Masyarakat Negeri Kelantan di sini, Ahad.

Turut hadir Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan, Datuk Makhtar Mustapha dan lebih 3,000 penggerak masyarakat yang terdiri daripada guru agama seluruh negeri itu.

Semalam Nik Aziz mengaku sudah lama menyedari wujudnya kegiatan perlombongan emas secara haram, dan berleluasa di kawasan Hulu Kelantan, yang dahulunya dilakukan kecil-kecilan dan kini besar-besaran dengan menggunakan jentera.

Menteri Besar juga berkata beliau telahpun mengarahkan pegawainya mengambil tindakan selanjutnya mengenai perkaran itu.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporan baru-baru ini telah menyerbu salah sebuah lombong yang beroperasi di kawasan hutan Perasu dekat Gua Musang dan mengambil kenyataan daripada mereka yang terbabit.

Pengarah Tanah dan Galian Kelantan Datuk Wan Mustapha Wan Ab Hamid pula tidak menolak kemungkinan berlakunya unsur rasuah dan campurtangan gangsterisme yang mendalangi aktiviti perlombongan emas itu.

Sementara itu, Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata adalah sangat bahaya kepada negara jika budaya taksub yang berlebihan kepada parti politik yang boleh membawa kepada perpecahan dan perceraian.

"Tidak ada siapa yang boleh nafikan masih wujud pengaruh 'Amanat Haji Hadi' (mengkafirkan sesama Islam) yang masih berlakunya perkara seperti itu.

"Saya sangat dukacita perkara ini berlaku kerana soal ketaksuban itu," katanya apabila diminta mengulas isu perceraian membabitkan pasangan warga emas di Pasir Mas baru-baru ini gara-gara berbeza fahaman politik. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan