Jangan Amal Sikap Selesa Jika Tidak Mahu Sejarah 2008 Berulang - Zahid

Diterbitkan: Ahad, 15 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA KANGSAR: Semua anggota Umno dan parti komponen Barisan Nasional (BN) tidak boleh mengamalkan sikap selesa jika tidak mahu sejarah pilihan raya umum 2008 berulang terutama di negeri-negeri yang kini dikuasai pembangkang.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebaliknya seluruh anggota perlu memperkukuhkan jentera dan sokongan terhadap parti masing-masing bagi meraih hati pengundi serta bekerjasama erat antara parti komponen BN.

"Umno perlu kuatkan jentera selain bantu menyokong rakan-rakan parti komponen," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno bahagian Kuala Kangsar di sini Ahad.

Beliau berkata, seluruh anggota dan pemimpin Umno dan BN perlu lebih bekerja keras berbanding sebelum ini bagi meraih sokongan semua golongan pengundi.

Sementara itu di SUNGAI SIPUT, Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan dan anggota Parlimen Bagan Datoh berkata, jika anggota Umno dan BN tidak mahu berada di bawah pentadbiran pembangkang, seluruh parti perlu memastikan pemimpin dan jentera bekerja kuat untuk meraih sokongan rakyat.

Pembangkang cuba membawa 'acuan' politik negara lain ke dalam negara ini dan jika negara mengalami kesusahan, rakyat tidak boleh mengharapkan negara lain membantu, katanya ketika menutup mesyuarat perwakilan Umno bahagian Sungai Siput di sini. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan