Generasi Muda Perlu Terap Dengan Penghayatan Sejarah

Diterbitkan: Ahad, 15 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Generasi muda yang lahir di zaman negara membangun perlu diterap dengan penghayatan sejarah bagi memastikan semangat jati diri mereka terhadap negara lebih kental.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Md Isa Sabu berkata penerapan itu seharusnya bermula seawal sekolah rendah supaya mereka dapat menghayati sejarah lebih jelas apabila meneruskan pengajian menengah dan ke institusi pengajian tinggi.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapannya pada mesyuarat agung Persatuan Sejarah Malaysia (PSM) Cawangan Perlis kali ke-42 yang dibaca Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Mata Ayer Khairi Hassan, di sini, Ahad.

Md Isa berkata ilmu sejarah amat penting kepada masyarakat kerana peminggirannya bukan sahaja akan menjadikan mereka buta sejarah tetapi melonggarkan semangat jati diri terhadap negara. "Mereka yang tidak menghargai sejarah akan turut tidak menghargai perjuangan pemimpin-pemimpin silam yang berjuang menuntut kemerdekaan dan menegakkan kedaulatan negara," katanya.

Sementara itu, Pengerusi PSM Cawangan Perlis Datuk Yazid Mat berkata pihaknya bercadang melawat wilayah Satun di selatan Thailand tidak lama lagi bagi menjejaki sejarahnya kerana wilayah itu mempunyai kaitan sejarah yang rapat dengan Perlis. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan