Dana Khas RM100 Juta Untuk Program Sukarelawan Belia 1M4U - PM

Diterbitkan: Ahad, 15 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebuah dana khas berjumlah RM100 juta akan diwujudkan bagi menerajui program 1Malaysia Untuk Belia (1M4U), dalam usaha untuk memupuk semangat sukarelewan di kalangan belia di negara ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, dana berkenaan dinamakan Dana Sukarelawan 1Malaysia (Dre1M), yang akan diuruskan oleh satu pasukan tugas khas dengan pentabiran dan pengagihan peruntukan dilakukan secara dalam talian.

Katanya, ia merupakan sebahagian daripada komitmen Kerajaan untuk memastikan program-program di bawah 1MU4 dilengkapi dengan peruntukan untuk para belia menjalankan program sukarelawan mereka ke arah masyarakat dan negara lebih baik.

Beliau turut berkata, beliau sendiri akan mengetuai lembaga pemegang amanah 1M4U untuk menyelia kelancaran program sukarelawan belia.

“Menerusi program 1M4U, kami memulakan yang bukan gelombang rusuhan dan demonstrasi jalanan, tetapi satu gelombang yang terhasil di seluruh negara yang bertujuan untuk membina Malaysia yang lebih baik melalui semangat sukarelawan di kalangan belia,” katanya ketika berucap semasa merasmikan program 1M4U di Esplanade KLCC di sini, Ahad.

Merujuk kepada slogan 1M4U, Najib berkata: “Saya untuk anda. Kerajaan hari ini adalah Kerajaan untuk belia dan kami akan melakukan semua kita boleh bagi memastikan masa depan anda dipenuhi dengan harapan.”

Najib turut mengumumkan bahawa pada 2013 akan diumumkan sebagai Tahun Kesukarelawan untuk terus memupuk semangat sukarelawan di kalangan belia.

Lebih 50,000 belia menyertai 16 program sukarelawan di Lembah Klang dan Selangor.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan