Ugutan OSA Oleh Kerajaan Kedah Untuk Elak Rancangan Diketahui Umum - Chor

Diterbitkan: Sabtu, 14 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Hasrat kerajaan Kedah yang mahu menggunakan Akta Rahsia Rasmi (OSA) terhadap Ketua Pemuda Gerakan Kedah Tan Keng Liang kerana mendedahkan dasar baru perumahan kerajaan negeri adalah bagi mengelak rancangan mereka diketahui umum.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung berkata perkara itu sering digunakan oleh pakatan pembangkang untuk menutup sesuatu perkara yang tidak sepatutnya mereka lakukan.

"Kalau anggota atau pemimpin-pemimpin lain membuat kenyatan yang tidak disenangi oleh mereka (pakatan pembangkang), mereka akan menggunakan cara ini sebagai ugutan dan akan membawa perkara tersebut ke mahkamah.

"Mungkin mereka juga akan mengatakan bahawa dokumen-dokumen yang ada pada pemimpin yang mengeluarkan kenyataan itu adalah di bawah OSA bagi menutup mulut berkenaan tindakan mereka," katanya selepas majlis penyampaian cek kelulusan projek di bawah peruntukan khas Parlimen Alor Setar di Dewan MCA di sini Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang dilaporkan mahu mengambil tindakan mengikut OSA terhadap Tan berikutan pendedahannya mengenai dasar baru perumahan kerajaan negeri Kedah yang antara lain menyekat pemilikan rumah oleh 'orang luar' di daerah Kuala Muda dan Kulim.

Chor berkata sepatutnya kerajaan negeri tidak terlalu sensitif dengan apa sahaja dokumen yang akan memberi kebaikan kepada rakyat, dan jika perlu jangan diklasifikasikan sebagai OSA.

Katanya isu yang berkaitan dengan OSA tidak boleh dipandang remeh oleh kerajaan negeri.

"Mana boleh melawak dengan isu-isu atau dokumen-dokumen yang diklasifikasikan di bawah OSA. Sebelum mereka jadi kerajaan, mereka cakap macam-macam terhadap Barisan Nasional. Ini tak betul.. itu tak sesuai. Sekarang baru mereka tau bukan senang nak jadi kerajaan," katanya.

Pada majlis itu, Chor yang juga Anggota Parlimen Alor Setar turut menyerahkan peruntukan kepada 95 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung, tiga surau, lima sekolah dan sembilan pelajar cemerlang sekolah menengah di Parlimen itu yang berjumlah RM325,000. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan