Sistem Pendidikan Dirombak Tahun Depan - TPM

Diterbitkan: Sabtu, 14 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Sistem Pendidikan Negara dijangka mengalami rombakan besar-besaran dan proses transformasi bermula tahun hadapan dengan mengambil kira hasil dapatan Dialog Nasional Pendidikan Negara yang dijalan sejak April lepas.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata transformasi itu akan dijalankan mengikut fasa dengan mendahulukan perkara-perkara yang boleh dilaksana dengan segera tanpa melibatkan perkara besar.

"Kami harapkan satu anjakan berganda dan semua pandangan daripada siri dialog ini telah dicatat, dikaji dan dianalis untuk mendapatkan intipatinya dalam merangka Pelan Pembangunan Pendidikan dalam tempoh 15 tahun dan Pelan Strategik Pendidikan bagi tempoh tiga tahun.

"Jadi ia ada pelan jangka pendek, jangka sederhana, dan panjang iaitu selama 15 tahun supaya bidang yang perlu kita perbaiki dapat dilaksanakan kerana ini satu perkara yang besar dan kalau hendak lihat satu perubahan kita kena mengambil kira banyak perkara dan pandangan untuk pastikan kualiti pendidikan kita setanding negara maju," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup Dialog Nasional Pendidikan Negara Kementerian Pelajaran Malaysia 2012 di sini hari ini yang turut dihadiri Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Abd Ghafar Mahmud.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan