Shafie Yakin Ekonomi Luar Bandar Terus Dimantapkan Menerusi Belanjawan 2013 - Berita Semasa | mStar

Shafie Yakin Ekonomi Luar Bandar Terus Dimantapkan Menerusi Belanjawan 2013

Diterbitkan: Sabtu, 14 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TAIPING: Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yakin kegiatan ekonomi sektor luar bandar akan terus dimantapkan oleh kerajaan menerusi Belanjawan 2013 yang akan dibentangkan tidak lama lagi.

Menteri berkenaan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata selain penyediaan prasarana, usaha memadatkan kawasan luar bandar dengan kegiatan ekonomi seperti di bidang perikanan dan pertanian yang bernilai tambah, perniagaan peruncitan serta perniagaan lain akan ditingkatkan.

"Kawasan luar bandar masih memerlukan bantuan, kampung-kampung mendapat pembelaan dan sudah pasti semua ini akan diberi tumpuan kerajaan menerusi belanjawan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno bahagian Taiping di sini Sabtu.

Mohd Shafie berkata kawasan luar bandar perlu diberi pelbagai kegiatan ekonomi yang diberi nilai tambah serta ditingkatkan selaras saranan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melalui program transformasi luar bandar.

Menurut beliau yang juga naib presiden Umno, usaha mewujudkan kegiatan ekonomi lebih baik di kawasan luar bandar, menjadikan masyarakat kawasan berkenaan tidak perlu lagi berhijrah ke bandar mengakibatkan ketandusan belia di kampung-kampung.

Mohd Shafie berkata inisiatif kerajaan yang memberi tumpuan kepada agenda pembangunan luar bandar itu juga supaya pembangunan negara diseimbangkan di antara bandar dengan yang di luar bandar.

Katanya, usaha kerajaan melaksanakan transformasi sektor luar bandar dilihat menerusi kewujudan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) dan Mini RTC.

Mengenai jumlah peruntukan Belanjawan 2013 yang dipohon oleh kementeriannya, beliau berkata ia terpulang kepada Kementerian Kewangan yang diterajui Najib selaku menteri berkenaan.

Khamis lepas, ketika melancarkan Mini RTC Sungai Siputeh di Selama, dekat Taiping, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sektor luar bandar akan kekal menjadi agenda utama pembangunan kerajaan di samping pelan perancangan baru sentiasa dicetuskan supaya masyarakat dapat menikmati kehidupan lebih baik, saksama dan adil.

Beliau berkata berkata sektor pembangunan luar bandar yang tidak pernah diabaikan telah mengalami evolusi sejak 55 tahun lepas dan kini ternyata kekal menjadi sektor yang sentiasa dimajukan melalui pelbagai usaha kerajaan. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan