Selangor, Pulau Pinang Tak Pernah Beri Tanah

Diterbitkan: Sabtu, 14 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SUNGAI PETANI: Kerajaan persekutuan terpaksa memberikan tanah miliknya untuk pembinaan sekolah di Selangor dan Pulau Pinang berikutan dua negeri pembangkang itu tidak memberikan tanah mereka untuk tujuan itu, kata Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zakarshi.

Malah, beliau mendakwa kerajaan kedua-dua negeri mengubah tanah-tanah disedia untuk pembinaan sekolah bagi tujuan komersil seperti kawasan perindustrian.

"Kerajaan Selangor dan Pulau Pinang tidak serius dalam soal pendidikan. Mereka langsung tak beri tapak tanah untuk buat sekolah...sekelumit tanah pun tak ada.

"Kerajaan Pusat terpaksa mengorbankan beberapa tanah miliknya untuk dibina sekolah termasuk sekolah jenis kebangsaan Cina bagi memastikan kemudahan sekolah di kedua-dua negeri itu mencukupi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Perwakilan Puteri Umno Bahagian Sungai Petani di sini, Sabtu.

Hadir sama Naib Ketua Puteri Umno Malaysia, Shahanim Mohd Yusoff yang juga Ketua Puteri Umno Sungai Petani. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan