PM Yakin Malaysia Dilindungi Krisis Zon Euro

Diterbitkan: Sabtu, 14 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri menyatakan keyakinannya bahawa Malaysia akan dilindungi daripada kesan akibat krisis hutang yang melanda negara Kesatuan Eropah.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata ini berikutan asas ekonomi Malaysia yang mampan dapat menyokong pertumbuhannya.

"Asas ekonomi Malaysia mampan sokong pertumbuhannya. Negara kita akan dilindungi daripada impak krisis zon euro," kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam laman twitter beliau pada Sabtu.

Semalam, Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Zeti Akhtar Aziz menyatakan bahawa Malaysia memiliki institusi perbankan yang kukuh untuk berdepan kesan krisis hutang Eropah susulan pendedahan terhadap bank di rantau itu dianggarkan kurang daripada lima peratus berbanding nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Kenyataannya itu sekali gus menafikan laporan Nomura International Ltd pada Rabu lepas bahawa Malaysia antara negara Asia paling terdedah kepada tuntutan bank Eropah, sekali gus mengancam sistem kewangan negara jika ekonomi zon euro runtuh. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan