Pertahan Habis-habisan Gelang Patah - Muhyiddin

Diterbitkan: Sabtu, 14 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu Barisan Nasional (BN) Gelang Patah berusaha habis-habisan dalam mempertahankan kerusi Parlimen Gelang Patah pada Pilihan Raya ke-13 (PRU-13) yang menurutnya akan berlangsung 'tidak lama lagi'.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Pengerusi BN berkata kerusi Parlimen Gelang Patah perlu dipertahankan kerana ia menempatkan pusat pentadbiran kerajaan negeri Johor iaitu Nusajaya.

"Saya meminta setiap anggota Umno Bahagian Gelang Patah dan anggota komponen BN mempertahankan habis-habisan Parlimen Gelang Patah. Tidak ada masa untuk istirahat lagi, kita kena kerja keras 24 jam sehari untuk memastikan kemenangan (BN)," katanya pada Sabtu.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata demikian ketika merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Gelang Patah, yang turut dihadiri ketua bahagiannya, Datuk Abdul Aziz Sapian.

Parlimen Gelang Patah yang kini disandang oleh wakil rakyat BN, Tan Ah Heng daripada MCA, turut terdiri daripada kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nusajaya dan DUN Skudai.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan