Perhimpunan Oren: Beberapa Laluan Di Jalan Duta Ditutup

Diterbitkan: Sabtu, 14 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis akan menutup secara berperingkat-peringkat beberapa laluan di sekitar Jalan Duta berikutan mereka yang menyertai perhimpunan Oren mahu berarak ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

Laluan berkenaan ialah Jalan Ibadah, Jalan Dutamas 1 dan Jalan Sri Hartamas yang akan ditutup antara pukul 2 dan 4 petang ini, kata Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Zakaria Pagan.

"Polis akan mengawal keadaan dan lalu lintas sepanjang perarakan itu," katanya pada sidang media di sini, Sabtu.

Menurutnya, jarak yang dibenarkan untuk para peserta perhimpunan menunggu, sementara memorandum diserahkan kepada wakil istana ialah di pintu masuk 3 iaitu kira-kira 1.3 kilometer dari Istana Negara.

Himpunan itu dianjurkan oleh Gerakan Selamatkan Felda (GSF) bagi membantah penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGV) di Bursa Malaysia. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan