Penyakit Radang Sendi Di Kalangan Rakyat Malaysia Serius - Liow

Diterbitkan: Sabtu, 14 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BENTONG: Penyakit radang sendi atau Rheumatoid Athritis (RA), khususnya di kalangan wanita, di negara ini dilihat semakin membimbangkan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata ini kerana penyakit itu menyerang wanita tiga kali ganda lebih berbanding lelaki.

"Sehubungan itu, kesedaran mengenai penyakit berkenaan perlu disebarluaskan kepada masyarakat agar mereka mendapat rawatan awal bagi mengelak kecacatan.

"Penyakit RA di kalangan rakyat Malaysia adalah serius, dan kira-kira 52 peratus pesakit tidak dapat kembali bekerja kerana mengalami kecacatan akibat gagal mendapat rawatan awal," katanya kepada pemberita selepas Program Meet My Wira (Malaysian Women In Rheumatoid Arthritis) di Hospital Bentong, Sabtu.

Liow berkata masyarakat juga diingat tidak memandang ringan penyakit itu dan perlu mengubah persepsi bahawa ia hanya menyerang golongan dewasa.

"Perlu diingatkan, kanak-kanak juga ada yang diserang penyakit ini kerana mengikut kajian, 42 peratus daripada pesakit RA di negara ini adalah dari kalangan mereka yang berumur 50 tahun ke bawah.

"Jika ramai dari kalangan mereka yang masih muda diserang penyakit ini, ia akan memberi kesan terhadap institusi pekerjaan," katanya.

Mengulas kekurangan tenaga pakar penyakit RA di negara ini, beliau berkata Kementerian Kesihatan kini berusaha menambah dan melatih pegawai perubatan dalam bidang berkenaan secara berperingkat.

"Kini kita mempunyai 23 doktor pakar dalam bidang RA yang merawat pesakit dewasa manakala seorang pakar RA untuk kanak-kanak dan dua lagi sedang menjalani latihan," katanya sambil menambah pakar RA terdapat di setiap negeri kecuali Kedah dan Perlis.

Dalam perkembangan berkaitan, Liow berkata kempen My Wira yang digerakkan ke seluruh negara mendapat sambutan positif daripada rakyat, badan bukan kerajaan dan swasta.

"Dengan kerjasama ini, kita berharap kesedaran di kalangan masyarakat dapat dipertingkat dan pada masa sama, rakyat sedar bahawa kerajaan akan sentiasa menyediakan kemudahan kesihatan yang terbaik untuk rakyat," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Kolumnis

iklan

Iklan