M'sia Bimbang Krisis Di Syria

Diterbitkan: Sabtu, 14 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia berasa bimbang dengan perkembangan di Syria susulan keganasan yang semakin buruk dan mengorbankan banyak nyawa tidak berdosa, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Meluahkan kebimbangan itu pada permukiman Forum Serantau Asean (ARF) di Phnom Penh, Kemboja, Khamis, Anifah juga menggesa masyarakat antarabangsa memberi perhatian kepada isu Palestin yang mempunyai impak lebih besar kepada dunia.

"Adalah amat penting langkah diambil untuk menyelesaikan isu ini. Paling penting, Israel harus mengakui dengan kemunculan Arab Spring, dinamik di Timur Tengah telah berubah dan Israel juga mesti berubah bersamanya," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Wisma Putra, di sini.

ARF yang disertai menteri luar dari 27 negara anggota turut mendengar gesaan beberapa anggota dan dipersetujui Malaysia, agar perbincangan enam pihak membabitkan isu Semenanjung Korea disambung semula.

Forum itu turut memuji perkembangan di Myanmar dan menggesa negara yang mengenakan sekatan terhadap negara tersebut menarik balik sekatan mereka.

Terdahulu, ketika menghadiri jamuan tengah hari Mesyuarat Menteri-menteri Luar Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS-FMM), Anifah berkata, Malaysia sedang bekerjasama dengan Sekretariat menggubal pelan tindakan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) yang memperinci tindakan untuk dilaksana peringkat negara, rantau dan antarabangsa.

Beliau turut menggalakkan negara anggota EAS mengiktiraf 'National Focal Points' yang akan meneraju semua usaha berkaitan GMM.

Saranan itu disambut baik negara anggota EAS.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan