Kuota Minyak Masak Ditambah 10 Peratus Ramadan Ini - Ismail Sabri

Diterbitkan: Sabtu, 14 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kuota minyak masak untuk pengguna akan ditambah sebanyak 10 peratus Ramadan ini daripada kuota asal 70,000 tan metrik sebulan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata penambahan itu dibuat bagi memenuhi permintaan minyak masak yang tinggi di kalangan pengguna pada bulan tersebut.

"Bulan puasa (Ramadan) selalunya peniaga kecil seperti peniaga pasar Ramadan akan membeli minyak masak pengguna ini dalam kuantiti banyak. Mereka sepatutnya membeli minyak masak bagi keperluan komersil. Ini menyebabkan permintaan bagi minyak masak pengguna bersubsidi meningkat. "Kita telah berbincang dengan badan pengawal kuota minyak masak ini iaitu MPOB (Lembaga Minyak Sawit Malaysia) dan persetujuan telah dicapai bagi penambahan kuota itu," katanya kepada pemberita di Menara Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di KL Sentral di sini, Jumaat.

Terdahulu beliau menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Maktab Koperasi Malaysia (MKM) dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) bagi menyelaras gerak kerja tiga badan itu untuk memperkasa gerakan koperasi di negara ini.

Perjanjian itu ditandatangani Pengerusi Eksekutif SKM Datuk Yusof Samsudin, Ketua Pengarah MKM Idris Ismail dan Presiden Angkasa Prof Datuk Dr Mohd Ali Baharum.

Ismail Sabri berkata kementerian juga akan memantau barangan lain yang akan mendapat permintaan yang tinggi pada bulan Ramadan seperti telur, ayam dan kelapa bagi memastikan barangan itu cukup di pasaran.

"Sememangnya harga akan naik kerana permintaan tinggi, tetapi kita akan pastikan harga barangan itu tidak membebankan pengguna," katanya.

Sementara itu, beliau berkata Malaysia sedang dalam usaha untuk bekerjasama dengan negara Asean yang lain bagi membentuk sebuah persatuan yang menyelaras aktiviti koperasi di rantau ini. "Minggu lepas kabinet telah meluluskan draf MoU bagi kerjasama ini yang melibatkan Brunei, Vietnam, Indonesia dan Timur Leste. Anggota koperasi di seluruh negara Asean berjumlah 75 juta, kita perlu manfaatkan rantaian ini sepenuhnya," katanya. Mengenai isu Suara Rakyat Malaysia (Suaram) didakwa tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan, Ismail Sabri berkata Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah melanjutkan tempoh penyerahan dokumen Suara Inisiatif Sdn Bhd, syarikat yang didakwa mempunyai kaitan dengan Suaram, selama tujuh hari lagi bermula hari ini.

"Pagi ini pengarah dan setiausaha syarikat itu telah datang ke SSM memohon untuk melanjutkan tempoh serahan dokumen dengan alasan mereka nak 'kumpul semua dokumen' kerana dokumen mereka tidak lengkap. "Kita (SSM) dianggap jahat oleh mereka, namun kita berlaku adil kepada mereka dengan memberi tempoh lanjutan. Saya tidak tahu siapa yang jahat sekarang," katanya.

Pada 6 Julai lepas, Suara Inisiatif Sdn Bhd telah diberi tempoh tujuh hari oleh SSM untuk mengemukakan dokumen relevan mengenai syarikat tersebut.

Pada 1 Julai lepas, Presiden Jaringan Melayu Malaysia Azwanddin Hamzah mendakwa Suaram tidak didaftar sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO) di bawah Pendaftar Pertubuhan. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan