Khairy Mahu Pemuda Umno Lebih Intelektual Dekati Golongan Muda

Diterbitkan: Sabtu, 14 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Ahli Pemuda Umno digesa supaya berperanan lebih intelektual dalam mendekati golongan muda yang majoritinya merupakan pengundi atas pagar.

Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin berkata tidak mencukupi bagi pergerakan itu hanya kuat dari segi jenteranya kerana golongan muda kini mahukan jawapan kepada pelbagai isu berkaitan parti dan kerajaan.

"Pemuda Umno dan Umno perlu menang dalam gelanggang idea dan juga isu. Dia (golongan muda) nak tengok ketangkasan pemimpin menjawab isu dan menyerlahkan isu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Pemuda bahagian Pulai di Dewan Tan Sri Mohamed Rahmat di sini, Sabtu.

Beliau yang juga Anggota Parlimen Rembau berkata pembangkang kini banyak memainkan isu dan menyerang Umno dan Barisan Nasional yang kebanyakannya merupakan fitnah dan perlu diperjelaskan kerana ia boleh merebak dan menjadi kepalsuan yang akhirnya diterima rakyat.

Khairy berkata anggota Pemuda Umno perlu menerima hakikat bahawa golongan muda sekarang adalah golongan terpelajar dan walaupun sesetengah daripada mereka tidak belajar hingga ke peringkat universiti, namun mereka terdedah kepada pelbagai sumber maklumat.

"Mereka amat kritikal sekali dalam Facebook dan Twitter. Tiap-tiap hari saya diajukan soalan mengenai dasar kerajaan dan tohmahan pembangkang dan kalau kita tidak menjawab, maka kita tidak dapat atau tidak berjaya memberikan penjelasan yang memuaskan hati mereka," katanya.

Beliau berkata beliau akan memantapkan lagi jentera penerangan pergerakan itu melalui ceramah dan jentera siber bagi menyampaikan maklumat terkini dan terperinci kepada golongan muda bawah 40 tahun yang merupakan 80 peratus daripada 2.2 juta rakyat yang baru mendaftar sebagai pengundi.

Khairy menjangkakan perang isu akan menjadi faktor penentu undi golongan muda pada pilihan raya umum akan datang. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan