Kes Curi Motosikal Di Parkir & Pusat Beli Belah Paling Tinggi Direkodkan

Diterbitkan: Sabtu, 14 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kes curi motosikal antara kes tertinggi direkodkan bagi kejadian jenayah di parkir dan sekitar pusat beli-belah iaitu sebanyak 115 kes dilaporkan pada tahun lepas.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata ia diikuti cabul sebanyak 44 kes, samun tanpa senjata api (10) dan ragut sebanyak lapan kes.

"Bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini pula, sebanyak 54 kes curi motosikal dicatatkan, 17 kes cabul, enam kes samun tanpa senjata api dan ragut empat kes," katanya kepada pemberita selepas sesi dialog bersama Persatuan Pengurusan Kompleks (PPK) di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid di sini, Jumaat.

Sesi dialog itu disertai lebih 300 ahli PPK yang membincangkan mengenai isu keselamatan di pusat beli-belah dan kaedah yang boleh diambil dalam mengurangkan jenayah.

Khalid berkata pengusaha pusat beli-belah harus diberi pendedahan mengenai kepentingan serta meningkatkan tahap keselamatan di kawasan tersebut sebagai usaha memerangi kejadian jenayah di sekitar pusat beli-belah khususnya di parkir. Katanya sesi perjumpaan secara berkala diharap dapat dijalankan bersama pihak pengurusan pusat beli-belah dalam menyalurkan sebarang perkembangan terkini berkenaan keselamatan di pusat beli-belah. Khalid berkata pengusaha pusat beli-belah digesa mencontohi inisiatif yang diambil pusat beli-belah Sunway Pyramid dalam usaha meningkatkan tahap keselamatan di kawasan letak kereta.

"Dengan memasang sebanyak 200 alat 'panic button' serta lebih 400 kamera litar tertutup (CCTV) di parkir serta menyediakan pengawal keselamatan yang lebih ramai dan melakukan rondaan menggunakan motosikal dan basikal sekaligus mampu memberikan keyakinan kepada orang ramai.

Hasil dialog itu juga, Khalid berkata pengusaha pusat beli-belah menyambut baik cadangan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebelum ini untuk menempatkan anggota sukarelawan seperti Ikatan Relawan Rakyat (Rela) di pusat beli-belah.

Sementara itu Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata polis akan mengenal pasti kawasan baru tumpuan jenayah termasuk pusat beli-belah.

"Selain 50 tempat hotspot yang telah kita kenal pasti, kita juga akan mengenal pasti kawasan tumpuan jenayah yang baru di mana ia akan turut diperluaskan di pusat beli-belah," katanya selepas Majlis Taklimat Khas Pemantapan Aktiviti Memerangi Jenayah bersama Ketua-ketua Polis negeri dan daerah di Pasukan Gerakan Am, Bridged Tengah, Cheras. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan