Kerajaan Kelantan Mesti Kawal Aktiviti Perlombongan Emas

Diterbitkan: Sabtu, 14 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GUA MUSANG: Kerajaan negeri Kelantan mesti membuat kawalan terhadap aktiviti perlombongan emas dan hasil bumi yang lain, bagi mengelak berlakunya perlombongan secara haram.

Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah berkata sekiranya kerajaan negeri tidak mempunyai kemampuan, mereka boleh mendapatkan bantuan daripada pihak kerajaan pusat.

"Kalau ada yang bernilai, adalah orang yang hendak, kalau tak boleh cara halal, cara haram, apa nak buat, itu mesti dikawal.

"Macam hasil perlombongan, ini bidang kuasa kerajaan negeri maka negerilah yang kena buat kawalan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kembara Jalinan Kasih Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan/Astro NJOI bersama masyarakat Orang Asli Parlimen Gua Musang di Pos Hendrop, kira-kira 90km dari sini, Sabtu.

Tengku Razaleigh berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar Khamis lepas, mengenai aktiviti perlombongan emas tanpa lesen dipercayai berlaku di beberapa daerah di negeri Kelantan termasuk di Gua Musang.

"Kelantan ini mempunyai deposit bijih tetapi sejauh mana boleh dilombong secara ekonomik tak tahu lah tetapi sememangnya ada deposit bijih," katanya.

Sementara itu di Kota Baru, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui beliau sudah lama menyedari wujudnya kegiatan perlombongan emas secara haram dan berleluasa di kawasan Hulu Kelantan.

Katanya, apa yang dilakukan pelombong haram itu dibuat secara kecil-kecilan dan berbentuk tradisional dan akhir-akhir ini dilakukan besar-besaran dengan menggunakan jentera.

"Dahulu mereka gunakan cara mengayak pasir sungai yang mengandungi emas menggunakan tangan," katanya kepada pemberita selepas menutup seminar pengukuhan integriti politik kempimpinan muslimat Pas Kelantan.

Nik Aziz mengulas pendedahan sebuah akhbar mengenai perlombongan haram itu yang berlaku di beberapa daerah termasuk di Kuala Krai, Jeli, Tanah Merah dan Gua Musang.

Beliau berkata beliau pernah terserempak dengan pelombong emas berkenaan dan telah mengarahkan pegawainya mengambil tindakan selanjutnya mengenai perkara tersebut.

Laporan akhbar antara lain menyatakan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyerbu salah sebuah lombong yang beroperasi di kawasan hutan Perasu dekat Gua Musang dan mengambil kenyataan daripada lima orang pada hari Khamis. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan