Kejadian Samseng Serang Anggota SPRM Gambarkan Seolah-Olah Kelantan Tiada Undang-Undang

Diterbitkan: Sabtu, 14 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA KANGSAR: Kejadian 70 samseng menyerang pegawai dan anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika bertugas di Perasu, Gua Musang, Kelantan dua hari lepas menggambarkan seolah-olah negeri itu tidak mempunyai undang-undang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang kecewa dengan kejadian itu, berkata tindakan undang-undang perlu diambil terhadap kumpulan yang tidak bertanggungjawab itu.

"Dah la buat perkara haram dan benda tak betul. Serang pula lagi pihak berkuasa. Ini menampakan seolah-olah tidak ada undang-undang di sana (Kelantan)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan gelanggang Futsal di Taman Kuala Kangsar di sini, Sabtu.

Beliau diminta mengulas laporan akhbar pada Sabtu bahawa sekumpulan 70 samseng bersenjatakan parang dan kayu bertindak menyerang pegawai dan anggota SPRM yang sedang bertugas di Perasu, Gua Musang Khamis lepas.

Menurut laporan itu, dalam kejadian pada pukul 9 malam, kira-kira 15 pegawai dan anggota SPRM berada dalam keadaan cemas apabila cuba dicederakan dan dikepung lebih empat jam.

Kejadian berlaku ketika SPRM melakukan kerja-kerja membawa keluar aset yang disita dari sebuah lombong emas yang dipercayai beroperasi secara haram di sungai Emas, berhampiran Felda Perasu. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan