Jenayah: Kenyataan Musa Bersifat Peribadi

Diterbitkan: Sabtu, 14 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA SAMARAHAN: Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menyifatkan kenyataan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berhubung kadar indeks sebenar jenayah di negara ini masih tinggi sebagai bersifat peribadi.

Beliau berkata kadar indeks jenayah di Malaysia masih lagi rendah berbanding negara lain di dunia dan statistik yang diperoleh merangkumi keseluruhan kes jenayah sebagaimana yang ditentukan di bawah indeks keamanan global (GPI).

"Bagi saya, itu pandangan peribadi beliau (Tan Sri Musa) dan beliau sebagai bekas Ketua Polis Negara tidak mendapat maklumat terkini berhubung statistik semasa," katanya kepada pemberita selepas perbarisan tamat latihan Sijil Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (Kor Suksis) Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) SeMalaysia kali ke-8 di Universiti Malaysia Sarawak di sini.

Katanya memang diakui ada berlaku kes jenayah dalam negara namun keadaan terkawal.

Ismail berkata masyarakat umum tidak perlu bimbang kerana Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa memastikan rakyat di negara ini berasa selamat daripada ancaman penjenayah.

Musa, dalam temu bual yang dibuat bersama sebuah laman portal, berkata polis cuba menyembunyikan kadar sebenar jenayah di negara ini dan memaklumkan tahap keselamatan orang awam berada pada peringkat yang membimbangkan.

Bagaimanapun, baru-baru ini dilaporkan kes jenayah turun sebanyak 10.1 peratus kepada 63,221 kes antara Januari dan Mei berbanding 70,343 kes pada tempoh sama tahun lalu.

Dalam pada itu, Ismail berkata untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan PDRM ke tahap dunia, lebih banyak anggota yang berpendidikan tinggi akan diserap ke dalam pasukan itu, misalnya anggota Kor Suksis yang telah menamatkan pengajian.

Katanya PDRM kini mempunyai pelan lima tahun untuk mencapai matlamat pasukan polis yang berkelas dunia.

"PDRM sebenarnya telah mendapat banyak pengiktirafan daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melalui beberapa penyertaan misi pengaman dunia selain turut menerima permohonan daripada beberapa negara untuk membangunkan sistem kepolisan di negara masing-masing," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan