Guru Di Perak Korban Terbaru Demam Denggi

Diterbitkan: Sabtu, 14 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang guru lelaki berusia 52 tahun di Perak menjadi korban terbaru kes demam denggi minggu lepas. Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman berkata kematian itu menjadikan jumlah korban akibat denggi sehingga Sabtu lepas ialah 25 orang, meningkat enam kes berbanding 19 bagi tempoh sama tahun lepas.

"Mangsa yang mempunyai sejarah penyakit diabetes dan darah tinggi dimasukkan ke hospital setelah dua hari mengalami demam, sakit kepala dan muntah sebelum dirujuk ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan meninggal dunia selepas sehari dirawat di unit itu. "Kawasan kediaman mangsa merupakan lokaliti wabak yang sehingga kini sebanyak enam kes telah dilaporkan. Hasil pemeriksaan menjumpai dua tong terbuang yang menjadi tempat pembiakan Aedes," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata bagi tempoh 1 hingga 7 Julai, sebanyak 364 kes demam denggi dilapor, menunjukkan tiada perubahan berbanding minggu sebelumnya. Walaubagaimanapun, lapan negeri menunjukkan peningkatan kes iaitu Perak 10 kes (39 peratus), diikuti Terengganu lima kes (50 peratus), Sarawak empat kes (36 peratus), Kedah tiga kes (21 peratus), Negeri Sembilan dua kes (25 peratus) dan masing-masing satu kes di Pulau Pinang (tujuh peratus), Kelantan (enam peratus) dan Kuala Lumpur serta Putrajaya (tiga peratus).

Jumlah terkumpul kes denggi dari Januari hingga 7 Julai tahun ini ialah 12,158 yang menyaksikan peningkatan sebanyak 13 peratus atau 1,417 kes berbanding tempoh sama pada tahun lepas, katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Kolumnis

iklan

Iklan