Akta Keharmonian Nasional Bolehkan Kerajaan, Pemimpin Dikritik - Mohamed Nazri

Diterbitkan: Sabtu, 14 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA KANGSAR: Akta Keharmonian Nasional yang menggantikan Akta Hasutan 1948 membolehkan kerajaan dan pemimpin dikritik oleh rakyat dalam usaha menjamin kebebasan bersuara seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata kritikan terhadap kerajaan dan pemimpin dibolehkan dan dianggap sebagai saling mengimbangi dan mengawasi supaya kerajaan sedar kemungkinan wujud kelemahan.

Bagaimanapun, tidak ada kebebasan bersuara yang mutlak dalam negara berbilang kaum dan agama yang mana akta baharu itu tetap memelihara keharmonian kaum dan melindungi institusi Raja-Raja Melayu.

"Saya tidak jangka rang undang-undang akta baharu itu dapat dibentangkan dalam mesyuarat (Persidangan Dewan Rakyat) akan datang kerana bulan September terlalu dekat. Mungkin tahun hadapan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan gelanggang futsal di Taman Kuala Kangsar di sini Sabtu.

Beliau berkata Pejabat Peguam Negara telah diarah untuk mendapatkan pandangan daripada semua pihak berkaitan termasuk orang ramai sebelum rang undang-undang berkenaan digubal.

Pada Rabu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Akta Hasutan 1948 akan dimansuhkan dan digantikan dengan akta baharu yang dikenali sebagai Akta Keharmonian Nasional.

Mohamed Nazri berkata akta baharu itu perlu diwujudkan kerana Akta Hasutan telah lapuk memandangkan ia digunakan sejak zaman penjajahan British pada tahun 1948.

"Kita membuang undang-undang yang dianggap lapuk. Nama hasutan pun dah lapuk sebab tahun 1948 itu zaman penjajah. Penjajah tak benarkan orang kutuk kerajaan penjajah. Itu cara mereka menutup mulut rakyat dengan menggunakan Akta Hasutan," katanya.

Ditanya mengapa kerajaan tidak mengekalkan Akta Hasutan dengan hanya membuat beberapa pindahan terhadap akta berkenaan, Mohamed Nazri berkata nama akta perlu ditukar kerana namanya memberi konotasi negatif. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan