NGO Buat Laporan Polis Bantah Perhimpunan Oren

Diterbitkan: Jumaat, 13 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis berhubung hasrat Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) untuk mengadakan perhimpunan 'Oren' di hadapan Istana Negara pada Sabtu.

Naib Presiden Badan Generasi Prihatin 3R 1Malaysia, Fidel Firaidi Mustafa berkata, laporan polis itu dibuat kerana mahu menjaga kepentingan awam dan tidak mahu sesuatu yang buruk berlaku.

"Saya amat berharap supaya polis mengambil tindakan yang sepatutnya bagi menghalang perhimpunan tersebut.

"Kita tidak mahu negara kita terus dicemari dengan demostrasi jalanan yang akan merosakkan nama negara dan juga Felda," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar, di sini Jumaat.

Bendahari pertubuhan itu, Mansor Ahmad pula meminta supaya Anak membuat kajian dahulu sebelum mengadakan perhimpunan tersebut.

"Dah banyak keuntungan yang diperolehi oleh Felda. Mengapa mereka masih tidak berpuas hati? Sepatutnya mereka perlu siasat dahulu sebelum mengambil tindakan ini (adakan perhimpunan)," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan