Laksana Sistem Undi Biasa Untuk Rakyat Malaysia Di Luar Negara - DPPM

Diterbitkan: Jumaat, 13 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) pada Jumaat meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaksanakan sistem undian biasa untuk rakyat Malaysia di luar negara bagi menggantikan undi pos.

Naib Ketuanya, Dr Raja Ahmad Al Hiss berkata, ketelusan sistem undi pos sentiasa dipertikaikan kerana ia mudah dimanipulasi oleh sesetengah pihak untuk memenangkan calon dan parti tertentu.

"Kami menentang cadangan SPR untuk membolehkan rakyat Malaysia di luar negara mengundi secara pos. Ia tidak relevan dengan keadaan sekarang kerana terdedah kepada pelbagai manipulasi sesetengah pihak.

"Jika penipuan ini boleh berlaku di kem-kem tentera dalam negara, apakah jaminan penyelewengan tidak akan berlaku dalam sistem undi pos bagi rakyat di luar negara?," katanya dalam satu kenyataan.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof pada Rabu dilaporkan berkata, pihaknya sedang mengkaji keperluan untuk meminda undang-undang yang membenarkan semua rakyat Malaysia di luar negara mengundi secara pos pada pilihan raya umum akan datang.

Menurut Abdul Aziz, usul itu akan dibawa ke Parlimen dalam sesi akan datang yang bermula September ini.

Bagaimanapun, jelas Abdul Aziz lagi, rakyat Malaysia yang mahu menikmati kemudahan ini mesti berada dalam negara sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh lima tahun sebelum Dewan Rakyat dibubarkan.

Bimbang mengenai perkara tersebut, Dr Raja memberitahu, undi pos dianggap sebagai 'deposit tetap' oleh pihak tertentu yang mempunyai bilangan pengundi pos yang ramai untuk mencatat kemenangan selesa tanpa perlu berkempen.

"Jika undi pos ini dilaksanakan, lebih banyak lagi peluang pihak tertentu menang dengan mudah menerusi sistem seperti ini," katanya.

Justeru, beliau mengesyorkan supaya pejabat kedutaan di luar negara dijadikan sebagai pusat pembuangan dan pengiraan undi.

"Petugas SPR dan wakil parti politik yang bertanding dibenarkan untuk melihat proses pembuangan dan pengiraan ini. Melalui kaedah ini, keputusan pilihan raya lebih diyakini kerana dikendalikan secara telus," katanya.

Sementara itu, beliau turut mendesak SPR supaya memberi penjelasan kepada parti-parti politik mengenai konsep dan mekanisme undi pos tersebut terlebih dahulu sebelum usul itu dibawa ke sesi Dewan Rakyat.

"Masih ada parti-parti politik yang tidak jelas mengenai perkara ini. Jadi adalah lebih baik sekiranya rakyat Malaysia di luar negara didaftarkan sebagai pengundi biasa," katanya.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan