Kualiti Pendidikan Bergantung Kepada Kecekapan Pemimpin Sekolah - Muhyiddin

Diterbitkan: Jumaat, 13 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kebolehan dan kecekapan pemimpin sekolah dan guru merupakan satu daripada faktor penentu kepada kualiti pendidikan di sekolah, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau berkata barisan kepimpinan itu perlu menetapkan sasaran peribadi untuk menjadi pemimpin dalam kapasiti masing-masing sama ada di dalam atau di luar bilik darjah. "Penekanan kepada aspek kepimpinan, pengajaran dan pembelajaran adalah tepat dan wajar dimanfaatkan oleh setiap peserta persidangan ini.

"Di samping itu, penglibatan ibu bapa di sekolah sama ada melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) atau secara peribadi harus diperhalusi agar semangat dan rasa tanggungjawab ke arah inspirasi murni dapat dipikul bersama," katanya ketika merasmikan persidangan Transformasi Pendidikan Melalui Kepimpinan Cemerlang di sini, Jumaat.

Teks ucapan Muhyiddin dibacakan Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Abdul Ghafar Mahmud.

Persidangan tiga hari anjuran Yayasan AMIR, Pintar Foundation dan Yayasan Khazanah itu bertujuan membawa transformasi sistem pendidikan melalui perubahan paradigma pemikiran dan cara bekerja para pemimpin sekolah, guru dan warga sekolah.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata strategi membangunkan para guru sebagai pemimpin pelajaran penting dalam menyediakan asas kepimpinan yang efektif dan berketerangkuman.

Beliau mengalu-alukan penekanan Yayasan AMIR terhadap pembangunan profesional para guru dan pemimpin sekolah untuk mencapai hasrat menghasilkan pelajar cemerlang secara holistik, dan menyarankan pihak yayasan agar berkongsi dapatan positif program mereka dengan kementerian secara berterusan.

Yayasan AMIR, sebuah badan bukan bermotif keuntungan, ditubuhkan Khazanah Nasional Berhad pada Oktober 2010 untuk melaksanakan program sekolah amanah melalui kerjasama awam-swasta dengan Kementerian Pelajaran.

Muhyiddin berkata pihak swasta boleh terus meneroka pelbagai ruang untuk mengukuhkan lagi institusi pendidikan di negara ini melalui usahasama dengan kerajaan seperti yang ditekankan dalam Rancangan Malaysia ke-10 dan menjadi sebahagian daripada agenda program transformasi kerajaan. "Program yang dianjurkan oleh Yayasan AMIR dan Pintar Foundation merupakan contoh penglibatan sektor swasta dalam pembangunan pendidikan negara. "Dengan adanya program berstruktur seperti ini, penyumbang juga mendapat jaminan bahawa wang atau sumber yang disalurkan akan memberi pulangan setimpal melalui mutu pengurusan dan penyampaian lebih mantap dan murid yang lebih berdaya saing," katanya.

Muhyiddin turut mengingatkan peserta persidangan agar menghidupkan budaya komuniti pembelajaran profesional dengan meneruskan perbincangan dan percambahan fikiran setelah pulang ke sekolah masing-masing.

"Semoga usaha ini akan menjadi pemangkin bagi sekolah-sekolah terlibat melonjakkan prestasi bukan sahaja di peringkat negeri atau negara, bahkan ke peringkat serantau ataupun antarabangsa," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan