Kerajaan Selangor Didakwa Ubah Status Tanah Pendidikan Kepada Perindustrian - Berita Semasa | mStar

Kerajaan Selangor Didakwa Ubah Status Tanah Pendidikan Kepada Perindustrian

Diterbitkan: Jumaat, 13 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan negeri Selangor perlu memberi penjelasan status tanah di satu kawasan di Putra Perdana, Puchong yang didakwa akan dibangunkan sebagai kawasan perindustrian walaupun pelan asalnya adalah untuk pembinaan kompleks pendidikan.

Koordinator Barisan Nasional Selangor, Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed berkata, ada kawasan di tanah tersebut penting untuk tujuan pembinaan sekolah rendah dan sekolah agama bagi penduduk kawasan Putra Perdana.

"Pelan asal pembangunan ini telah diubah baru-baru ini dan kami mahukan penjelasan berhubung perkara ini.

"Pelan asal adalah membina kompleks pendidikan berdekatan tanah tersebut," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke tanah tersebut pada Jumaat.

Beliau difahamkan, kerajaan Selangor juga telah membeli empat plot tanah tersebut dari sebuah syarikat dengan harga RM87.7 juta walaupun 80 peratus tanah adalah di bawah air.

Mohd Zin turut mempertikaikan tindakan kerajaan negeri membazirkan wang sehingga terlebih bayar sebanyak RM57 juta dari harga asal dan pada pendapatnya, kesemua wang tersebut boleh digunakan untuk membina 2,500 unit rumah mesra rakyat golongan miskin dan memerlukan.

"Apakah motif sebenar pembelian tanah dari syarikat tersebut sehingga dinilaikan begitu tinggi untuk sebuah tasik yang perlu ditimbus sekiranya ingin dimajukan?" katanya.

Sementara itu Pengerusi Gabungan Persatuan Penduduk Taman Putra Perdana Rushdan Mohamed berkata terdapat aduan kepadatan murid sekolah sehingga melebihi kuota yang ditetapkan dan masalah ini boleh diatasi jika pembinaan kompleks pendidikan diteruskan.

"Kami akan buat laporan polis dan bawa perkara ini untuk perhatian Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," katanya. -BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan